Sehari selepas hubby kuar spital (Sabtu). MIL tepon nak datang berbuka sama. Masa hubby kat spital, MIL tak sempat nak datang ziarah. Aku orait jek....with open arms. Ingatkan nak masak tapi dear hubby kata MIL tak kasik masak. Oooo orait...lauk tunjuk jek le nampaknyer...
Pukul 5.30 after solat asar, kuar gi bazar ramadhan kat Puchong Utama. 1st time nie....saja nak mencuba, biasanya beli kat gerai2 yang scattered kat area umah jek. Tak banyak choice and kurang menarik dan yang jadik bertambah pelik, ramai yang meniaga bangsa asing...Indon le apalagi...Bangla dan Pakistanpun ada..... Apapun beli gak apa yang patut.
Ish!Ish! singgah gak kat tempat yang biasa aku and hubby beli juadah berbuka. As a result....tengokle meja comelku yang dah tak muat-muat tu. Kalau meja tu boleh bercakap, sure dia dah menjerit...UDAH UDAH LE TU!!!!!!
Semalam (Ahad), kira berbalas kunjungan le plak. MIL ajak berbuka puasa di Klang reramai dengan Kak Lang dan Angah. Hubby memang tak berapa sihat lagi tapi tak sampai hati lak nak hampakan jemputan MIL tu. Kak Lang buat Nasi Ayam favourite Aisyah and the rest, macam semalam le jugak...tunjuk Kepala Agung...BERES!!!!!
2 comments:
huhuhu... sampi hati tak tunggu org balik...
Jangan Marah ye adinda.....
Tak leh nak tunggu....Nasi Ayam, Nasi Kerabu, Kue Teow Kerang,kuih-muih etc etc tu dah jerit2 panggil kitorang :)
Post a Comment