Hati masih berduka.
Kesan kesedihan semalam masih belum reda.
Mencari ketenangan, kutemui nukilan ini lewat Tmn2Syurga .
Petikan dari Tmn2Syurga :
Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk.
Inilah petua terbaik untuk mengubat resah dan gundah :
* Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah
* Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
* Sibukkan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakkan membaca Al-Quran dan pelbagai bahan bacaan, terlibat dalam aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
* Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percayai (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya
* Senyum - Apabila berada dalam tekanan. Cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment