Monday, August 31, 2009

Berbuka Time...Mmmm YUMMMMY!!


Sehari selepas hubby kuar spital (Sabtu). MIL tepon nak datang berbuka sama. Masa hubby kat spital, MIL tak sempat nak datang ziarah. Aku orait jek....with open arms. Ingatkan nak masak tapi dear hubby kata MIL tak kasik masak. Oooo orait...lauk tunjuk jek le nampaknyer...

Pukul 5.30 after solat asar, kuar gi bazar ramadhan kat Puchong Utama. 1st time nie....saja nak mencuba, biasanya beli kat gerai2 yang scattered kat area umah jek. Tak banyak choice and kurang menarik dan yang jadik bertambah pelik, ramai yang meniaga bangsa asing...Indon le apalagi...Bangla dan Pakistanpun ada..... Apapun beli gak apa yang patut.

Ish!Ish! singgah gak kat tempat yang biasa aku and hubby beli juadah berbuka. As a result....tengokle meja comelku yang dah tak muat-muat tu. Kalau meja tu boleh bercakap, sure dia dah menjerit...UDAH UDAH LE TU!!!!!!

Semalam (Ahad), kira berbalas kunjungan le plak. MIL ajak berbuka puasa di Klang reramai dengan Kak Lang dan Angah. Hubby memang tak berapa sihat lagi tapi tak sampai hati lak nak hampakan jemputan MIL tu. Kak Lang buat Nasi Ayam favourite Aisyah and the rest, macam semalam le jugak...tunjuk Kepala Agung...BERES!!!!!



Mari Berehat....Di Spital..

Hari Selasa aritu, aku rasa badan kurang sihat....rasa letih semacam. So, hubby kata jangan le keje, pergi klinik amik MC. Tup tup hubby kena refer ke specialist...Columbia Hospital. Eh! kenapa tetiba kena ke sana lak? saper yang sakit sebenarnya...? Camner nie? Aku yang MC tapi hubby lak yang kena gie specialist.....


Hubby mengadu kebas separuh badan...left side. Hubby memang ada hyper-tension and ada history warded for a week at SJMC in 2007 dengan simptom yang sama. So, taknak le amik risiko lagi, sebelum melarat baik le pergi pada yang lebih pakar. Buat le segala mak nenek test yang ada...dari ujian darah, MRI, CT Scan, ECG dan segala macam lagilah. Tak cukup dengan test-test di Columbia, kena lak refer ke KPJ Kajang untuk further check-up. Merasalah jugak naik ambulans gie antar hubby ke sana..... Nee nong Nee nong....
Alhamdulillah, after three days dalam spital, hubby dibenarkan pulang pada petang hari Jumaat. Lega rasanya.....nothing serious. Hubby kena banyak berehat dan yang penting kena kawal makan dan emosi.


Monday, August 24, 2009

PUASA....?



Diam tak diam, pejam celik-pejam celik dah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa.

Aku..? Mestilah posa, takkan tak posa lak.

Alhamdulillah, anak-anak semua posa kecuali si kenit Ridwan yang masih belum paham erti berpuasa...pepagi hari dah minum susu dan makan biskut tapi bila ditanya dia kata dia posa. "Eh! posa mana boleh makan dan minum", aku dengar si Angah mengusik dan dengan spontan dia jawab "Posa boleh makan le....meh saya suap abang biskut sket...sedaaaaaaap"....


Hari pertama berpuasa, Angah awal pagi masih control macho tapi bila dah menjelang petang melepek abih, maklumlah tak bangun sahur. Saper suruh!!. Dah puas ibu kejut tapi angah taknak bangun..penat katanya ikut ayah bertarawih.

Along ok le...dah darjah empat...dah senior ......


Berbuka apa hari pertama...???

Aduhai....rumah oranglain pastinya meriah dengan lauk-pauk dan kuih-muih, pasti penuh semeja. Al-maklumlah hari pertama, pastu ari Sabtu lak tu....sure beria-ia memasak di dapur. Aku? Ish Ish Ish, ari pertama posa dah mogok masak. Barang nak dimasakpun memang takde..nak ke pasar, alahai bercinta tul!!. Dear hubby lak dari pagi kuar sampai ke petang tak balik-balik. Jengah-jengah, korek dan selongkar fridge jumpa le ayam beberapa ketul, cukup le setakat nak goreng untuk bebudak. Dah berkira-kira nak buat sup kentang dan sambal tumis ikan bilis..ok le kot....


Hampir pukul lima petang baru hubby balik. Tanya nak masak ke nak beli jek kat Bazar Ramadhan. Ntah, berat tul mulut nak jawab..nak ke idak. Betul-betul mogok nie. Pukul 6, baru turun dapur, ketuk-ketuk bawang, halia, jintan dan ketumbar nak goreng ayam. Hubby tahu aku "good mood" tu, so dia kuar gie bli lauk... Aku masak nasi, goreng ayam dan sediakan air...eh! juga dessert yang aku masak seawal pukul 3 tadi. Dalam malas, rajin gak aku nie rupa-rupanya....heheh masuk lif tekan butang lagi........ Hubby beli Ikan bakar, kerabu dan kuih. Eh! penuh gak meja. Alhamdulillah...inilah rezeki kami sekeluarga untuk hari pertama bulan Ramadhan tahun nie...


So, secara kasarnya korang rasa ok ke tak ok posa hari pertama aku nie...? Ok kot... tak ok pun Ok Ok kan juga le. Posa kena banyak sabar.... sabar ke aku nie?. Ntah le ek....biar le Dear Hubby yang buat penilaian....



Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...

Semoga kedatangan Ramadhan kali ini membawa seribu makna dan keberkatan.
Selamat berpuasa.
Maaf Zahir dan Batin.






Thursday, August 20, 2009

JTOP Dalam Kenangan.....



Semangat aku berkobar-kobar masa baru-baru grad dulu. Tak nyempat-nyempat nak cari kerja...iya le nak berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara...Chewah!!! Terkonon-konoonnnnn....

First, tempat yang aku tuju, Kementerian Pelajaran, minta
kerje sebagai Guru Sandaran. Walawei, dapat ngajor kat SMPT...sekolah banyak budak nakal nie. Aku pernah skolah sini masa form 1 tapi 2-3 bulan jek sebelum pakcik aku @ Pak Man kidnapped duk dgn dia kat Bangi.

Hari pertama jadik Cikgi memang le semangat berkobar, masuk minggu kedua dah merundum terjelepuk. Anak murid "baik-baik" sangat...yang kelas peralihan suka main kat blakang kelas, yang Form 5 lak suka main kenyit-kenyit mata ...ada yang siap tunggu depan pagar nak ikut balik umah. Adusssss!! masuk minggu ke-3, terus jumpa Pengetua ucap SAYONARA!!!!

Pastu, jadi Auditor kat Ahmad Abdullah & Goh. Tak tahan lama gak yang nie....tak sampai 3 bulan..penat beb jadi auditor ni, waktu kerja tak menentu. Pastu kena lak buli dgn senior.
Eh!!! bila lak nak sampai cerita bab JTOP nie!!???

Hehehe masa tengah dok tension keje dengan AAG nie, Pak Man soh contact one guy kat JTOP...Tn Hj Idham (MD JTOP masa tu). Dia soh aku hantar resume and dtg interview. Actually melly bukan interviewpung sebab memang dah ada tempat untuk aku kat situ. Eh! ni kira pakai orang dalam ke nie? Tak kisahlah...terima kasih Hj Idham...tapi sayang aku tak sempat mengenali beliau lebih rapat sebab tak lama lepas aku join JTOP, beliau pergi menyahut seruan Illahi....Al-Fatihah.....

Masa mula-mula dengar nama JTOP @ Johore Tenggara Oil Palm Berhad, cuak gak...ingatkan kena naik-turun panjat tangga kilang kelapa sawit setiap hari. Tak tidur lena dibuatnya...Aparaaaaaa......

Banyak tul kenangan dengan JTOP nie dari Sept 1995 hinggalah March 2006. Start joined masa anak dara...hehe saham tengah mencanak tinggi, bila tinggalkan JTOP dah jadik bini orang dan ibu kepada 3 rang anak!!!

Gambar baju kuning kat atas tu masa Executive Conference, tengah preggy 7 bulan Tuh!!
Risau tul boss tgk aku, sepuluh kali sekejap dok tanya "Lily, are you ok...???" Aku OK sokmo....

Ish ...rindunya dengan suasana dan kenkawan di JTOP......

Wish I could turn back the clock......



Wednesday, August 19, 2009

My Favourite Things



Entah kenapa, tetiba terngiang-ngiang lak lagu nie kat telinga.
Kenangan zaman persekolahan nie. Ingat lagi kami dok berlatih setiap hari nyanyi lagu medley antara lain termasuk le lagu nie untuk persembahan akhir tahun. Tapi nak jadik sad story of the year, aku tetiba kena Chicken Pox lak beberapa hari sebelum tarikh tu.

Ish Ish Ish Syahdu tul...

Ni hah aku tepek lirik lagu tu kat sini.


My Favorite Things

Raindrops on roses and whiskers on kittens
bright copper kettles and warm woolen mittens
brown paper packages tied up with strings
these are a few of my favorite things

Cream coloured ponies and crisp apple strudels
door bells and sleigh bells and schnitzel with noodles
wild geese that fly with the moon on their wings
these are a few of my favorite things

Girls in white dresses with blue satin sashes
snowflakes that stay on my nose and eyelashes
silver white winters that melt into springs
these are a few of my favorite things

When the dog bites, when the bee stings

when I'm feeling sad

I simply remember my favorite things
and then I don't feel so bad...


Friday, August 14, 2009

Mengubat HATI.....


Hati masih berduka.
Kesan kesedihan semalam masih belum reda.
Mencari ketenangan, kutemui nukilan ini lewat Tmn2Syurga .


Petikan dari Tmn2Syurga :


Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk.

Inilah petua terbaik untuk mengubat resah dan gundah :


* Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah

* Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

* Sibukkan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakkan membaca Al-Quran dan pelbagai bahan bacaan, terlibat dalam aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.

* Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percayai (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya

* Senyum - Apabila berada dalam tekanan. Cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

Wallahua'lam


Thursday, August 13, 2009

SeDiH Le PuLaK.......

video
Tetiba hati rasa sedih. Sedih sesangat....Kenapa ek...?
Jangan le tanya.
Bukankah perasaan gembira, geram, marah, sedih dan seumpamanya adalah normal
Normal dalam kehidupan setiap manusia...?
Akupun manusia jugakan.
Aku punya hak untuk rasa sedih.
Tapi kenapa tetiba sedih nie.
Rasa cam putus cinta lak....
Ya Allah..berikan aku kekuatan.
Hilangkan rasa sedih ini...
Kesedihan ini tak seharusnya terlalu dilayan...
Boleh memakan diri sendiri...
Lebih banyak keburukan dari kebaikan....
Well...easier said than done....

Thursday, August 6, 2009

Eiiiii GERAM !!!!!

Geraaaam Eiiii Gerammmmm...Geram Tullll!!!!!!

Kenapa ek tetiba rasa geram. Ntah tapi memang tengah geram nie..menyampah pun dah sampai tahap gaban. Ni kalau ada power boleh berubah, sure dah bertukar bentuk jadi Ultraman ke, Power Rangers ke takpun yang tengah Hot skarang nie...Transformers...Hah transformed terus jadi Bumble Bee...Incredible hulkpun ngam gak nie....boleh bagi flying kick yang tersaaaaangatle kick kat minah yang buat aku geram nie....

Ish..nasib baik le masih ada kesabaran walaupun dah nipih sesangat nie.....Sabar Lily sabar.....Sabar kan ke separuh dari iman. Cheh! cakap memang senang tapi bila dah kena batang hidung sendiri, rasa nak meletup menahan marah dan geram....

Apa ek nak buat kalau tengah geram...tension....marah..menyampah dan apa jua yang seangkatan dengannya?? Ada yang suka gi jenjalan, gi shopping, tidor, amik junk food atau mungkin gak menjerit sekuat hati.

Aku?? Ntah, takde lak cara specific nak kurangkan perasaan geram dan marah nie. Biasanya aku layan lagu jek atau tengok pemandangan yang boleh menyejukkan jiwa dan yang paling selalu aku lakukan sebab dah memang terkenal sebagai ratu airmata....apalagi menangis le.....

BUT....Don't underestimate me kay....kalau dah terover sangat, aku burst gak. Tak kira le, boss ke, staff ke, kuli ke...aku lanyak jek. Kecil-kecil cili padi aku nie...memang serius depa kata. jangan buat main dengan kakak yang sorang nie. Kalau tetiba mood atau angin tak betul dia datang, swing terus, abis le korang.....

Okay Lily, tarik nafas panjang-panjang........

Hehe...masih sabar lagi aku nie rupanya. Belum sampai time nak bertukar jadi Incredible Hulk....


Tuesday, August 4, 2009

Hmmm...Terima Kasih Daun Keladi


Tak sangka lak tetiba dapat benda berkilau nie....
Hubby kata "Belated 10th Anniversary Gift"

Tak kira le apapun...Thanks again.
Lain kali bolehlah belikan lagi....yang lebih besar dan lebih berkilau...
Hehehe Amboi Amboi Amboi

Hmmm...my birthday is around the corner.
Rasa-rasa apa ek hubby nak bagi.....??
Tungggggguuuuu.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...