Projek biskut raya ibu diteruskan lagi. Kali ini biskut bebola api @ Dragon Ball...hehehe sesuka hati jek tukar nama....saje nak happykan dan tarik minat anak-anak. Actually melly resepi diceduk dari Majalah Saji keluaran Ogos (Hana's Delightfully Tasty) dan nama asalnya Bebola Kristal.....
Ok le biskut nie...sedap. Rasa ala-ala suji tetapi lebih menarik sebab berwarna-warni... Anak-anak ibu dah habiskan satu telap. Sahih lagi nyata bahwa biskut ini juga tidak akan sempat sampai ke bulan Syawal....
Meh kita lihat resepi mudah ini :
Bahan-bahan:
250gm minyak sapi
130gm gula ising
1/2 sudu kecil garam
50gm serbuk badam
125gm tepung jagung
300gm tepung gandum
Pewarna kuning, merah 7 hijau
Mangkuk kertas secukupnya
Cara menyediakan :
1. Gaulkan semua bahan (Kecuali pewarna) di dalam bekas sehingga sebati dan menjadi doh.
2. Bahagikan Doh kepada tiga bahagian dan warnakan
3. Gentel kecil setiap bahagian dan cantumkan
4. Uli sehingga menjadi bulat
5. Guling atas gula castor.
6. Masukkan ke dalam mangkuk kertas dan bakar.
Senang kan.. Cuba jangan tak cuba....
No comments:
Post a Comment