Friday, September 3, 2010

RAYA OH RAYA........


"Menjelang HariRaya, Berakhirnya puasa...." 

Hehehe tetiba terngiang-ngiang lak lagu raya nyanyian DJ Dave nie.  Mana tidaknya, tinggal beberapa hari jek lagi nak menyambut Syawal @ Raya.  Aku nie dah abis ke buat preparation...?  Rasanya belum satupun yang complete.  Baju anak-anak nasib baik sudah dibeli awal, tinggal kasut jek yang belum.  Baju ibu?  Hmmm setakat ni dah ada 2 pasang...cukup ke idak ek...? Rasa-rasa cam nak kena cari sepasang dua lagi nie...?  
Ayang oooo Ayang dengar tak nie...?  Ibu nak sepasang dua lagi.....
Kuang kuang kuang..

Langsir tahun ni takyah tukar, pakai yang tahun lepas nyer jek.  Bukan tak teringin nak tukar tapi takde masa nak mulakan projek menjahit.  Kain langsir memang dah ada.  Dah siap potong dah....masuk kategori Projek terbengkalai nuuuuu.  Yang lain-lainpun rasanya tak bertukar.  Pakai dan guna apa yang ada.  Hubby kata jangan membazir.

Kuih Raya?  Hmm setakat nie dah buat dua jenis tapi sumer dah nyawa-nyawa ikan kena ngap dek anak-anak.  Nasib baik semalam boss bagi dua telap kuih. Alhamdulillah, boleh gak buat ada-ada untuk raya....TIMACIH Boss!!

Apa-apapun orang kata dalam apa jua hal kena le bersederhana.  So, dalam bergembira menyambut raya, jangan membazir ek.  Pada yang akan pulang ke kampung berhariraya tu berhati-hati di jalanraya.

SELAMAT HARIRAYA...MAAF ZAHIR BATIN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...