Monday, August 24, 2009

PUASA....?



Diam tak diam, pejam celik-pejam celik dah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa.

Aku..? Mestilah posa, takkan tak posa lak.

Alhamdulillah, anak-anak semua posa kecuali si kenit Ridwan yang masih belum paham erti berpuasa...pepagi hari dah minum susu dan makan biskut tapi bila ditanya dia kata dia posa. "Eh! posa mana boleh makan dan minum", aku dengar si Angah mengusik dan dengan spontan dia jawab "Posa boleh makan le....meh saya suap abang biskut sket...sedaaaaaaap"....


Hari pertama berpuasa, Angah awal pagi masih control macho tapi bila dah menjelang petang melepek abih, maklumlah tak bangun sahur. Saper suruh!!. Dah puas ibu kejut tapi angah taknak bangun..penat katanya ikut ayah bertarawih.

Along ok le...dah darjah empat...dah senior ......


Berbuka apa hari pertama...???

Aduhai....rumah oranglain pastinya meriah dengan lauk-pauk dan kuih-muih, pasti penuh semeja. Al-maklumlah hari pertama, pastu ari Sabtu lak tu....sure beria-ia memasak di dapur. Aku? Ish Ish Ish, ari pertama posa dah mogok masak. Barang nak dimasakpun memang takde..nak ke pasar, alahai bercinta tul!!. Dear hubby lak dari pagi kuar sampai ke petang tak balik-balik. Jengah-jengah, korek dan selongkar fridge jumpa le ayam beberapa ketul, cukup le setakat nak goreng untuk bebudak. Dah berkira-kira nak buat sup kentang dan sambal tumis ikan bilis..ok le kot....


Hampir pukul lima petang baru hubby balik. Tanya nak masak ke nak beli jek kat Bazar Ramadhan. Ntah, berat tul mulut nak jawab..nak ke idak. Betul-betul mogok nie. Pukul 6, baru turun dapur, ketuk-ketuk bawang, halia, jintan dan ketumbar nak goreng ayam. Hubby tahu aku "good mood" tu, so dia kuar gie bli lauk... Aku masak nasi, goreng ayam dan sediakan air...eh! juga dessert yang aku masak seawal pukul 3 tadi. Dalam malas, rajin gak aku nie rupa-rupanya....heheh masuk lif tekan butang lagi........ Hubby beli Ikan bakar, kerabu dan kuih. Eh! penuh gak meja. Alhamdulillah...inilah rezeki kami sekeluarga untuk hari pertama bulan Ramadhan tahun nie...


So, secara kasarnya korang rasa ok ke tak ok posa hari pertama aku nie...? Ok kot... tak ok pun Ok Ok kan juga le. Posa kena banyak sabar.... sabar ke aku nie?. Ntah le ek....biar le Dear Hubby yang buat penilaian....



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...