Tuesday, December 2, 2008

Housekeeping - CHERUL GROUP (KEMAMAN)

Pada 21 hingga 24 November yang lalu, membuat lawatan kerja ke Ladang Cherul, Ibok dan Perkasa atau lebih tepat lagi "Housekeeping"...membersihkan apa yang patut. Pergi bertiga bersama Eko dan Wan. Luckily Wan orang Terengganu, so senang cerita takde le kami sesat. Mencari tempat makan juga menjadi mudah.

Gambar ini dirakamkan semasa baru sampai di Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort. Lihatlah Eko yang bersemangat nak bergambar depan bilik kami...bilik No 528...

Rehat sebentar then tak sabar-sabar nak pergi beach. Alhamdulillah bilik kami cantik menghadap pantai dan kolam renang...kena bayar lebih beb for the extra wonderful scenery...




Bersedia untuk memulakan tugasan. Bersemangat waja betul di hari pertama especially buat Eko yang first time masuk estate.





Ehem...gambar-gambar yang membuktikan betapa komited kami dengan target untuk menghabiskan tugasan seperti dirancang....hehe


Hari Ketiga, sehari sebelum balik KL, makan malam bersama Tini dan Senior AM ladang. Nampak ceria tetapi sebenarnya dah penat sesangat tu. Dalam kepala dok ingat katil jek....



Hari terakhir, bergambar kenangan sebelum balik KL. Hajat nak berjalan-jalan di pantai terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat. Hajat untuk ke Kuala Terengganu juga terpaksa dibatalkan atas alasan yang sama dan faktor masa....


Overall, estate visit kali ini berjaya hampir 90% mencapai target. Nak capai 100% memang mustahil sebab bukan mudah nak membersihkan apa yang telah terkumpul/accumulated since 2005.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...