Hari Sabtu bersamaan 29 November 2008 berlangsung Hari Anugerah Cemerlang 2008, Pusat Didikan Kanak-kanak Islam Al-Hatem. Aisyah dan Ikhwan Mengikuti kelas KAFA di situ manakala Iwan akan memulakan tadika (5 tahun) pada 2009.
Tahun ini Ikhwan rajin pulak nak naik pentas menyayikan dua buah lagu nasyid. Sebulan sebelum majlis ini, hari-hari telinga ibu disajikan dengan lagu nasyid tersebut...berlatih begitu bersungguh-sungguh!!! Selepas majlis ini kalau Ikhwan masih juga asyik menyanyikan lagu-lagu tersebut 24 jam, tak tahulah ibu nak kata apa....
Ikhwan juga menerima hadiah atas pencapainnya di dalam kelas. Alhamdulillah Ikhwan mendapat tempat pertama dalam kelasnya bagi sesi pagi. Semoga Ikhwan meneruskan usaha dan mengekalkan pencapaian baik ini. Along (Aisyah) buat pertama kali tidak membuat persembahan dan tidak menerima sebarang anugerah. So, Along tidak mahu turut serta di majlis ini, dia ke Sunway Lagoon bersama sepupu-sepupunya yang datang dari Johor.
No comments:
Post a Comment