Wednesday, December 17, 2008

Estate Visit - LPT's Estates and Mills

Sepanjang minggu ini, kena gi outstation ke Johor. Hari Isnin start travel dari KL ke Senai. Kira baik gak aku ni sebab bertolak tengahari & sempat gi opis setengah hari. Bertolak dari Puchong lebih kurang kul 2.30 lepas solat Zohor. Alhamdulillah, sebab Wan ikut sekali dia le yang drive...aku jadi co-pilot jek...konon2nya. Sampai umah mak dah masuk Maghrib.
Hari Selasa mulakan tugas di USA dan USB. Kira okeylah hari pertama, semangat masih tinggi dan berkobar-kobar. Alhamdulillah banyak juga isu yang dapat kami selesaikan. Balik dari estate dah lepas maghrib. Jalan dah gelap. kira gigil gak aku bila drive seorang diri meredah hutan kelapa sawit tanpa sebarang lampu jalan. Bila nampak ada lampu kereta di hadapan aku memang pecut habis nak konvoi tapi dalam hati tak putus-putus berdoa sebab takut terlanggar lembu ke tupai ke atau apa2 jualah yang melintas.....
Selain dari itu sebenarnya aku dah terbayangkan benda yang bukan-bukan. Asyik jek terbayang iklan jalanraya yang mana Adibah Nor jadi Ibu hantu dok marah anak dia tak pakai tali-pinggang belakang. Terbayang-bayang ada tangan dok hulur tisu kat aku....Ish! meremang bulu romaaaa...... Alhamdulillah bila sampai ke simpang Felda Taib Andak dah ada lampu jalan....Alhamdulillah juga sebab sampai rumah masih one piece.... Mak dah tunggu depan pintu. Risau sungguh dia bila tahu aku drive sensorang tengah2 hutan tanpa sesiapa teman. Nak wat camne dah namanya keroje.....
Hari ini pergi ke Ulu Sebol Mill lak. Ish nak dijadikan cerita, xde letrik lak. Pastu sistem plantware lak buat hal....rugi separuh hari. Hopefully, sempatle siapkan segala tugasan seperti yang dirancang.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...