Hmmmm....
Siapa kata tugas di dapur tu tugas orang perempuan..????
Silalah angkat tangan eh.......
Hehe...aku nak angkat separuh tangan bolehhhhhh..???
Dulu memang aku ada gak anggapan sebegitu tetapi sekarang dah semakin menipis..
Kenapa??
Sebab suami aku rajin masuk dapur..
Paling dia rajin masuk dapur semasa aku dalam pantang...
Dialah MasterChef aku sepanjang tempoh itu..
Hehehe...boleh baca kat sini..
Actually kalau kita tengok sekarang ni, kebanyakan chef yang berjaya adalah lelaki..
Tengok aje Chef Wan dan Anaknya Chef Ridz...
Kemudian yang terus meningkat naik dari program realiti masakan "MasterChef" juga lelaki..
Blogger masakan terkenal juga lelaki..
So, apa nak diherankan...betul tak??
Makanya, bila cik abangku a.k.a suamiku mengambil keputusan untuk menjadi "Pengurus Dapur" sepenuh masa...
Aku redha malah aku berikan sokongan sepenuhnya
Pada awalnya memang rasa cam pelik sket...ialah dari seorang Auditor, then Pengurus Ladang..now jadi "Pengurus Dapur"...
Dari pegang pen dan bertalileher setiap hari, then kepada field work di ladang dengan baja, traktor dan kini dengan sudip, kuali dan apron.....
Mungkin dia tidak sehebat chef Wan, Chef Ismail, Chef Nik Michael mahupun Blogger Mat Gebu tapi dialah Chef terhebat di Dapur Keluargaku.......