Sunday, November 27, 2011

My Favourite Chef....


Sekarang ni tengah hot pasal Master Chef kan kan kan......
Alaaaa takkan tak tahu kot...
Program realiti Tv tentang tukang masak amatur yang nak jadi Master Chef yang disiarkan kat Astro.
Kat umah aku nie, bebudak tupun pandai sekarang nie...
Asal makanan terhidang jek atas meja...mereka akan jadi juri tak bertauliah...
"Hmmm...garam cukup rasa.."
"Masam dan manis sedang-sedang saja... ok "
"Hiasan cukup menarik walaupun agak simple..."
Amboi..amboi..amboi....

Tu.... Cik Abang yang tersengeh kat atas tu buat apa lak.....???
Hah! kalau nak tahu itule tukang masakku sepanjang tempoh berpantang.
Gaya dah cukup baguskan kan kan...
Mengalahkan Chef Rizz
Masakan??...hehehe no komen...
Orang dah tolong masak...aku Tolan jek....
Yang penting...kenyang hehehehe

Apa-apapun, thanks to Dear Hubby yang telah berusaha memberikan yang terbaik.


Nama masakan : Ayam goreng berempah ala Ibu..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...