Friday, September 27, 2013

Lagi......????


Semalam one of my fren bagitau, tak lama lagi akan ada another announcement on petrol prices...
Again?????
Rasanya baru jek PM Najib umumkan kenaikan harga minyak.....
Takkan nak naik lagi kot.....
Udah udah le tu.....
Janganle kami rakyat ni disuakan denngan berita yang sama...
Sebab utama kenaikan katanya..
Untuk mengurangkan beban subsidi yang ditanggung kerajaan dan sebagai salah satu langkah mengatasi masalah penyeludupan Petrol yang semakin berleluasa..
Boleh caya ke alasan-alasan sebegini...?????
Tepuk dada, tanyalah hati sendiri kay....
Malas nak komen panjang-panjang kang jadi isu lak...
 
Kesian nengok bebudak kat opis nie. 
Sejak kenaikan aritu, ada yang dah mula ikat perut
Ada yang dah mula menapak naik LRT...
Tak sanggup nak bawa kereta ke opis kerana harga minyak yang dah mengalahkan harga emas....
 
As for me...terasa jugak le penangannya..
Kalau dulu isi penuh tangki dalam RM70 gitu...sekarang dah jadi RM80+++
Kalau dulu berlagak pakai Ron97...sekarang pakai jek le Ron95..huhu
Itupun masih tak boleh nak jimat banyak...masih  melebihi RM500.
Kena propose kat company naikkan elaun minyak nampaknya nieeeee..
Hehehe...Sahih tak lulus sebab dalam keadaan skg memang company tengah cut cost...
Semuapun nak kena potong....
 
Waktu-waktu begini le rasa nak nyanyi kuat-kuat....
 
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Lalalalalala...........

 
Apa-apapun, harap sangat sangat sangat
Kerajaan dapat mempertimbangkan semula apa-apa jua bentuk kenaikan atau keputusan yang akan menjejaskan rakyat....
Kasihanilah kami.....
 
"Tolong Kami, Bantu Kami......."
 
Opppps takkan nak nyanyi lagi kot...............
 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...