Tuesday, January 18, 2011

Interlok...Luahan Rasa

Tetiba arini terpanggil lak nak meluahkan apa yang aku rasa tentang isu panas sekarang nie...Isu buku teks Sastera Tingkatan 5...Interlok.  Aku sendiri belum berkesempatan membaca novel ini...actually lum sempat caripun..sekadar membaca sinopsisnya disini.  Kalau tidak kerana isu perkataan "Pariah"yang dikatakan menyinggung kaum "tertentu", pastinya novel ini tidak sefamous sekarang....

Pada pendapat aku, tiada apa yang perlu dijadikan isu.  Apa yang cuba digambarkan penulis adalah keadaan sebenar pada ketika itu....zaman itu.  Tiada siapa yang patut melatah dalam hal ini.  Mereka sepatutnya terima secara terbuka dan rasa bersyukur kerana dapat hidup secara harmoni di negara bertuah ini...Malaysia...negara pelbagai kaum.  Jangan pula kerana hal kecil seperti ini akan menimbulkan huru-hara di negara kita.  Perlu ada tolak-ansur...dan rasanya kebelakangan ini kerajaan telah banyak give-in dengan mereka....

Perkataan "P" ini telah lama ada dalam kamus tatabahasaku...sejak kecil lagi.  Dan aku memang sedar setiap kali perkataan ini diutarakan, pasti kaum "tertentu" itu akan naik angin...marah...tersinggung.
Pada waktu itu, memang aku rasa hairan..kenapa mesti marah sebab memang aku tidak tahu apa makna perkataan tersebut.  Semakin aku dewasa dan meluaskan pembacaan, barulah aku faham ia ada kena mengena dengan susur galur bangsa mereka...asal keturunan mereka yang menjejakkan kaki ke Tanah Melayu. 

Itukan  dulu...di sana-sinun...
Di sini (Malaysia) mereka tidak dipandang/diukur berdasarkan sistem kasta seperti di sana.  Mereka tidak dipandang hina.  Mereka diterima di sini secara saksama...tiada beza!!!.
K.I.T.A satu maaa....Satu Malaysia dengan pelbagai agama dan budaya....
Apalagi yang perlu dipertikaikan...????

Bukankah mempelajari sejarah asal-usul ini akan menjadikan kita lebih insaf dan bersyukur bila mengenangkan kembali kepayahan yang dilalui oleh nenek-moyang kita dahulu. 
Rasa bersyukur kerana dapat hidup secara harmoni di bumi bertuah ini...
Alahai...janganlah lagi disensasikan isu ini.  Sentimen kaum ini tidak seharusnya diperbesarkan. 
Jangan terlalu cepat melatah.
Kerajaan pula harus tegas dalam menangani isu ini....bak kata pepatah
"Seperti Menarik Rambut Dalam Tepung,
Rambut Jangan Putus, Tepung Jangan Berselerak......."

Ini luahan rasa peribadi aku kay.  Tiada niat untuk memperkecil atau memperlekehkan sesiapa....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...