Kukusan tak cukup besar...tengah kek tak berapa cantikkkkkkkk |
Awat ek, tetiba terover rajin lak nie?.
Bila virus "M" datang melanda, berhari-hari blog nie tak diupdate. Actually busy le beberapa hari nie. Kat opis sebok, kat rumahpun tak menang tangan.
Weekend jangan citer le....penuh dah aktiviti dari pagi sampai malam....
Nanti kita citer ek apa aktiviti kita pada weekend bebaru nie....
Meh-meh kita nak kongsi resepi kek coklat kukus paling senang in the world. Walaupun senang, rasanya memang tak boleh tahan....sodappppppppp....
Bahan-Bahan :
Bahan A
1 1/2 buku butter
1 tin susu cair (Evaporated milk)
2 Cawan gula caster
1 Sudu kecil esen Vanilla
Bahan B
4 biji telur
2 Cawan tepung gandum *
1 Cawan serbuk koko *
1 Sudu kecil bikarbonat soda *
1 Sudu kecil baking powder *
(Di ayak bersama)
Cara-Caranya :
Masak Bahan A sehingga butter dan gula larut....jangan sampai mendidih lak yer...
Pastu biarkan dia sejuk @ suam-suam kuku.
Telur dipukul sedikit (tak perlu sampai kembang).
Masukkan telur dalam Adunan A.
Kemudian masukkan bahan2 yang di ayak dan gaul hingga sebati.
Kukus selama 1 1/2 jam
Wallllla...dah Siap!!!!!
By the way, kek yang Lily buat malam tadi sudah diubahsuai sedikit. Instead of using cocoa powder, Lily gantikan dengan 2 1/2 cawan dark coklat (cairkan bersama Bahan A).
Tak mahu kalah tau, guna Couverture Sicao gitu. Actually melly nak habiskan stok yang ada.
Kira trial & error le tu, nasib baik ok. Kek yang dihasilkan lebih sedap....lebih rasa coklat!!!
No comments:
Post a Comment