Tuesday, September 7, 2010

Mood Raya...



Tinggal beberapa hari jek lagi nak raya.  Penghujung Ramadhan nie malas tul nak bangun sahur. Pagi tadi nak kejutkan anak-anak bangun sahur punyalah liat memasing.  Kalau ikut hati sure mereka lebih rela peluk bantal busuk dan menambah koleksi peta kat bantal.  Tapi tak boleh, tak boleh!...kena bangun gak... Ini arahan dari ibu.  Tak mahu makan takpe...yang penting kena minum at least susu segelas...biar ada tenaga sket especially si Comel Iwan yang kuat merengek tu.  "Ibu...susu pink abis....."  Aiseyman awat tak bagitau awal.  Pepagi buta ni mana ada kedai bukak.  Pujuk-pujuk akhirnya setuju gak minum susu coklat...Alhamdulillah...mendengar kata anak ibu nie.

Dalam kereta on the way ke opis punyalah ngantuk.  Mata tak boleh nak bukak langsung.  Hubby lak buat tak tahu jek, langsung tak kejut.  Tetahu dah lepas Mid Valley...berusaha gak bukak mata besar2...tak mahu le nanti naik monorel dengan mata sembab....penampilan kena gak jaga beb....

Kat opis? jangan cerita le.  Mood raya telah mengatasi segala-galanya.  Memasing bukak PC sekadar buat syarat jek....terrmasuk le aku..hehehe.  Seawal pagi dah dengar ada yang bukak lagu raya.  Yang bestnya, lagu cuma ada 4-5 buah dan itulah yang diulang tayang sepanjang hari.  Tak apalah labu...asalkan kau bahagia....

Esok?  Pastinya akan semakin kuat mood raya.  Khamis? hahaha pastinya opis dah lengang....meninggalkan aku dan beberapa kerat lagi yang masih setia... Setia ek?  Setia le jugak...kalau tak mana leh tahan sampai lebih 10 tahun kerja kat sini...opps off topic jap.

Oklah Chow dulu...nak melayan lagu-lagu raya yang 4-5 buah itu ;) .....


 

2 comments:

AziE said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin

Lily said...

Selamat Hariraya Buat Zih juga. Ada kelapangan, jemputlah datang ke rumah....
Maaf Zahir & Batin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...