Friday, December 11, 2009

TIGA SERANGKAI....



Inilah projek terbaru...tiga serangkai.  Baru jek siap...lum varnish.  Masih berfikir apa yang perlu ditambah...letak wording kot.....

Botol tu asalnya botol minuman yoghurt Nestle.  Hubby beli masa aku dok spital aritu.  Ntah kenapa baik lak hati hubby simpan & basuh botol tu...macam tahu-tahu jek aku nie suka simpan momento.....



Frame nie adalah pemberian Kak Joe semasa di MRSM Kulim berpuluh tahun nan lalu...20 tahun kot...heheh tua dah aku.. Masa berkemas terjumpa lak dan oleh kerana tengah mabuk decoupage, maka inilah jadiknya...



Ini pulak dari Jatt (Siti Hajar) tahun 1992...lama gak tu.  Seperti frame dari Kak Joe, seramik/tile ini juga menerima nasib yang sama. 

Jangan berkecil hati ye Kak Joe dan Jatt...Lily begitu menghargai pemberian kalian.  Buktinya ia masih tersimpan hingga hari ini dan walaupun sudah berubah wajah, yang asal masih tetap lily abadikan disini....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...