Alhamdulillah berkat doa semua, segalanya berjalan lancar. Tiada komplikasi.
Pukul 12 t/hari Rabu selepas diberi ubat tidur aku memang langsung tidak sedar apa yang berlaku. Yang aku ingat balam-balam nampak mereka yang berseragam biru lalu-lalang dihadapanku dan sayup-sayup terdengar suara " Eh...sedar dah dia........" dan kira-kira pukul 5 petang aku ditolak masuk ke bilik semula...
Hari pertama selepas operation adalah hari yang paling menyeksakan....tak terkata!!!!
Masuk hari kedua, selepas kapas ditanggalkan dan luka-luka dicuci barulah boleh bernafas lega sedikit...
Memang tak sanggup melalui pengalaman serupa lagi....EVER!!! Cukuplah SEKALI!
Inilah katilku sepanjang berada di Columbia Asia Hospital dan yang biru tu adalah baju yg kupakai semasa Operation... Admitted pagi hari Rabu (02/12/2009) dan dibenarkan pulang pada hari Sabtu (05/12/2009).
Hah...punyalah banyak ubat...... Makan jangan tak makan.......
Pada semua yang telah mendoakan diriku juga yang datang melawat, bebanyak terima kasih diucapkan.... Hanya itu yang mampu kuberikan...
Buat Dear Hubby, terima kasih kerana menjagaku dan memberi sokongan sepanjang masa especially sekarang ni sedang dalam proses Healing Period. So, dapat cuti sehingga 24hb December...After Christmas baru kerja semula....
No comments:
Post a Comment