Wednesday, November 19, 2008

Melaka Trip (15th - 17th Nov)
























Bersempena dengan cuti sekolah, bawa anak-anak ke Port Dickson Melaka (Stay kat Palm Springs Resort). Actually tiap-tiap tahun ke lokasi sama untuk menghabiskan point Tanco Resort. This trip , selain dari mandi-manda, sempat bawa mereka ke Muzium Tentera Darat.

Monday, November 10, 2008

Ikhwan ... Penawar Hati Ibu



Kata orang, kalau anak lelaki banyak mengikut muka atau features Ibu maka dia akan “sejuk” atau serasi dengan ibunya. Ikhwan satu-satunya anak yang dikatakan banyak mengikut rupaku…bukan rupa saje…cekeding pun ikut aku jugak….hehe.

Khairul Ikhwan bin Badrul Hisham dilahirkan pada 15 Januari 2001 di Kampung Baru Medical Centre (KBMC) betul-betul ketika azan subuh sedang berkumandang di Masjid Kampung Baru. Walaupun dalam kesakitan terasa tenang mendengar laungan azan tersebut. Ikhwan semasa dilahirkan memang comel…beratnya hanya 2.4kg….hehe bayi tak cukup bulanpun boleh cecah 2.6kg….tapi tak mengapa, yang penting Ikhwan sihat.

Seperti Aisyah, Ikhwan juga masuk wad akibat jaundis tapi kali ini takde le panic sangat sebab dah ada experience dengan Aisyah. Paling teruk Ikhwan warded selama hampir dua minggu akibat denggi. Letih beb duduk spital lama-lama tapi inilah pengorbanan seorang ibu. Itu yang rasa insaf dengan pengorbanan ibu semasa nak membesarkan kita dulu… Another time Ikhwan warded adalah di Sunway Medical Centre semasa usianya 2++ tahun akibat demam yang berpanjangan dan ada jangkitan kuman. Masa ini aku dah berpindah ke Puchong, so no more KBMC.

Ikhwan ni tak padan dengan kurus, aktif sesangat…tak reti duduk diam...meloncat sana, melenting sini, panjat sana, terjun sini….so, bila incident kepala Ikhwan kena bucu tingkap semasa di Nursery Al-Hatem dan kena beberapa jahitan, aku tak boleh nak marah pihak pengurusan sebab dah tahu Ikhwan nyer keaktifan tu susah nak control…
Satu perkara yang aku suka pada Ikhwan ni, walaupun dia nakal which is normal for a kid his age, Ikhwan ni rajin membantu. Sebab tu le dalam banyak hal aku lebih suka suruh Ikhwan dari suruh Aisyah…..biasanya dia tak banyak merungut…buat aje. Cuma sesekali le datang malas Ikhwan nie, tapi bila kita pujuk baik-baik ok le dia…tak banyak songeh macam Aisyah…tantrum memang ada sekali-sekala tapi still manageable….
Pada usia 7 tahun sekarang ini, sifat bertanggungjawab Ikhwan sudahpun terserlah. Kebanyakan tugas memantau anak yang bongsu (Ridwan) sudah kuserahkan padanya….dengan bantuan Aisyah juga (kena sebut nie, nanti Aisyah ingat ibu tak hargai pertolongan dia lak…..Thanks Along). Pagi hari waktu persekolahan, Ikhwan akan bangun seawal 6 pagi dan terus mandi. Siap mandi dan berpakaian sekolah, terus kemas bilik (tanpa disuruh atau diingatkan), then pastikan ubat nyamuk ditutup. Then bawa turun beg sekolah dan baju sekolah kebangsaan. Ikhwan akan sediakan sendiri susunya (aku memang suruh dia minum susu every morning) sebab ibu Ikhwan yang “rajin” ni tak pernah buat breakfast…hehe. Dah minum susu barulah dia naik bilik semula, kejutkan dan bawa adik turun, masukkan beg dan baju dalam kereta….senang betul dengan Ikhwan ni…tak banyak cerita.


Buat Ikhwan…Seperti Along, Ibu juga sayang pada Ikhwan @ Angah @ Boboi. Ibu sering mendoakan kejayaan Ikhwan dari segala segi. Semoga Ikhwan akan menjadi anak yang Soleh dan menjadi pelindung kepada Along dan Adik (Ridwan).

Saturday, November 8, 2008

Rindu....


Tiba-tiba hati ini terasa rindu. Rindu pada apa atau siapa janganlah ditanya. The word "rindu" itself is very subjective. Kita mungkin akan rasa rindu pada keriangan masa lalu, makanan kegemaran, tempat menarik yang pernah dilawati, kedamaian semasa bercuti, kampung halaman dan mungkin juga seseorang.....teman-teman lama misalnya.

Perasaan rindu ini kata orang jangan di layan sangat...takut nanti memakan diri sendiri. As for me, bila rasa rindu datang, I'll keep myself busy...buat le apa-apa yang patut ATAU kalau rindu pada makanan...apalagi masak le atau cari di kedai. Kalau rindu pada kenangan silam, selak le diari lama atau gambar kenangan. Kalau rindu pada seseorang, hubungi saja orang yang di rindu....itupun kalau nombornya masih ada dalam simpanan.

Selalu bertanya pada diri, kalau kita rindu pada seseorang...dia akan rasa rindu juga ke pada kita.........?????

Friday, November 7, 2008

Didik Anak Mengikut Usia

MEMIKUL tanggungjawab menjadi ibu dan bapa bukan satu perkara yang mudah. Matlamat keibubapaan itu sendiri perlu diketahui supaya anak dapat dibimbing untuk mencapai potensi menjadi insan yang berguna, bertanggungjawab dan produktif.

Penceramah Bahagian Pembangunan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Rahmah Othman berkata, dalam konsep keibubapaan sendiri, bapa adalah ketua dan pemimpin keluarga, manakala ibu sebagai pembantu bapa dalam pengurusan keluarga dan rumah tangga serta menjadi pemimpin semasa ketiadaan bapa.
Dalam cabaran masa kini, ibu bapa perlu ada anjakan paradigma supaya dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih baik lagi. Rahmah berkata, dalam mendidik anak, terdapat tahap-tahap tertentu yang perlu diketahui dan diikuti oleh setiap ibu bapa.
‘‘Anak berusia satu hingga tujuh tahun perlu dididik secara bergurau dan jangan dipukul. Bagi anak berusia lapan hingga 14 tahun, sebaiknya didik mereka dengan disiplin, tunjuk ajar dan kasih sayang.
‘‘Sementara di peringkat remaja iaitu 15 hingga 21 tahun, anak harus dididik macam kawan, jangan dirotan dan dimarah. Sebaliknya, peluk, pujuk dan nasihati mereka. Manakala selepas usia 21 tahun, ibu bapa perlu memberi kebebasan mereka membuat keputusan dan tindakan,’’ ujarnya ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Ibu bapa Teman Sejati’ pada Kursus Bersiri Pembangunan Keluarga Ilmu Keluarga @ LPPKN bertajuk Anakku, Kalian Segalanya di Bangunan LPPKN, baru-baru ini.
Menerangkan lebih lanjut mengenai mendidik anak, khususnya anak remaja, perhubungan dan interaksi positif ibu bapa dengan anak perlu ada. Ia termasuk saling menghormati, sedia mendengar, memberi galakan dan sokongan serta menerima anak itu sebagai individu yang istimewa.
Katanya, peringkat usia 10 hingga 19 tahun merupakan masa yang paling kritikal kerana remaja akan mengalami pelbagai perubahan dan perkembangan meliputi perubahan fizikal, mental, psikologi, emosi dan sosial.
‘‘Pada peringkat usia ini mereka akan menghadapi pelbagai persoalan yang menekan jiwa. Ketika ini jugalah proses mencari dan membentuk identiti, perubahan fizikal pada tubuh badan, perasaan yang bercelaru dan keinginan untuk dihargai boleh menyebabkan berlaku tekanan jiwa,’’ ujarnya.
Menerangkan mengenai remaja berumur 10 hingga 14 tahun kata Rahmah, di peringkat itu mereka lazimnya, bersifat logikal, sentiasa ingin tahu, suka bertanya itu dan ini, lasak, bertenaga, suka meneroka cabaran, namun masih bersifat keanak-anakkan. Pada peringkat inilah, kata beliau hubungan dengan keluarga amat penting, termasuk keinginan untuk mereka berbincang dengan ibu bapa masih ada.
Sementara remaja peringkat pertengahan 14 hingga 17 tahun mereka mula utamakan rakan sebaya daripada keluarga. Remaja peringkat ini dikatakan suka memaksa dan mendesak. Malah, di peringkat ini juga mereka mula mencari identiti diri dengan cuba membentuk peribadi menjelang kedewasaan. Di peringkat ini, kata Rahmah, jika remaja tidak dibimbing dengan sewajarnya, kemungkinan untuk mereka terlibat dengan gejala tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, seks bebas dan lari dari rumah adalah tinggi.
Sementara, peringkat 17 hingga 19 tahun, kata Rahmah, mereka lazimnya telah mengenali dan menghayati identiti diri yang sebenar. Ikatan dengan rakan sebaya semakin berkurangan dan beralih kepada individu berlainan jantina. Malah di peringkat ini keupayaan mereka untuk berfikir juga lebih terbuka dan mula berfikir untuk masa depan.
‘‘Remaja di peringkat ini bukan sahaja boleh berdikari tanpa ibu bapa, tetapi juga daya fikiran dan imaginasi digunakan untuk kepentingan pelajaran dan kerjaya,’’ terangnya.
Remaja di peringkat ini juga, kata Rahmah, sememangnya memerlukan perhatian dan tumpuan. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa atau mempunyai ruang untuk mendekati dan mendampingi anak remaja mereka.
Malah ibu bapa juga perlu bertanggungjawab untuk mengetahui apa yang anak sedang buat, apa yang anak sedang difikirkan, apa yang ada dalam begnya, apa yang disembunyikan, siapa kawan-kawannya dan di mana tempat yang dikunjunginya.
Menerangkan beberapa cara menzahirkan kasih sayang kepada anak remaja, beliau menjelaskan ia termasuk melalui percakapan, pujian, pengiktirafan, bergurau senda dan ucapan yang baik. Malah ia juga boleh ditunjukkan melalui perlakuan atau gerakan badan, bersalaman, memeluk, mencium, memberi hadiah, beriadah bersama dan saling menghormati.
Dalam masa sama, ibu bapa sewajarnya mengambil inisiatif menerangkan atau menjelaskan mengenai peraturan berkaitan sentuhan. Akibat terlalu naif, ada remaja terlibat dengan gejala itu sekadar ingin mencuba tanpa memikirkan risiko yang akan ditanggung.
‘‘Anak-anak perlu diterangkan tubuh mereka adalah milik mereka sahaja, tidak siapa berhak menyentuh bahagian sulit tubuh mereka kecuali bagi tujuan kebersihan atau kesihatan. Begitu juga tiada siapa berhak meminta menyentuh bahagian sulit tubuh mereka.
‘‘Malah jika mereka tidak berasa selesa apabila disentuh seseorang, katakan ‘tidak’, lari dan beritahu orang lain yang dipercayai,’’ ujarnya sambil menegaskan anak-anak juga perlu diterangkan tentang bagaimana membezakan antara sentuhan selamat, selesa dan sebaliknya.
Dalam ceramahnya juga Rahmah turut menerangkan bagaimana terdapat empat gaya keibubapaan yang menjadi amalan ibu bapa hari ini tanpa disedari amat mempengaruhi seorang anak itu.
Empat jenis yang dimaksudkan, jenis A Autoritarian (tinggi kawalan, rendah kasih sayang), jenis B-Permisif (rendah kawalan, tinggi kasih sayang), jenis C-Pengabaian (rendah kawalan, rendah kasih sayang ) dan jenis D-Autoritatif (tinggi kawalan, tinggi kasih sayang).
Berbanding jenis A, B dan C, jenis D iaitu Autoritatif yang lebih berasaskan konsep demokratik seperti kesamarataan dan amanah lebih berjaya membimbing anak-anak ke arah pencapaian potensi mereka sebagai individu yang bertanggungjawab, berdikari, produktif dan berakhlak mulia.
‘‘Ibu bapa yang menggunakan pendekatan jenis D dalam mendidik anak merupakan ibu bapa yang seimbang memberi sepenuh perhatian terhadap keperluan anak-anak dan meletakkan batasan yang jelas terhadap tingkah laku anak-anak. Ibu bapa ini membuat keputusan berdasarkan keperluan, bukan keinginan atau nafsu anak-anak,” katanya.
Sumber : Utusan Online (http://www.utusan.com.my/)

Thursday, November 6, 2008

Wednesday, November 5, 2008

Streamyx nyer hal.....

Semalam Streamyx dah ok kat rumah. Thanks to hubby yang setup sendiri...jimat RM88. Tapi ni kira nak lepas geram nie. Sorry le Ayang kalau terasa ek....

Bila dah habis setup hubby dok sibuk ngan dia nyer blog, aku duk le kat tepi...tak tahu le hubby anggap aku menyibuk ke, beri sokongan ke atau interested nak tahu apa yang dia post dalam blog. Then hubby dok testing kelajuan streamyx compared dgn dial-up...ada le 2-3 site yang dia buka...akupun tumpang le sibuk skali.... Masa nak taip address kat IE tu, hubby dok tegur le tak kasi guna cara tu...suruh guna search engine. Salah ke cara tu kalau kita dah mmg tahu web address.. nak kena guna search engine gak ke....? Hubby kata xnak menyemak kat address tab tu. Ish kan ke kita boleh clearkan kalau xnak... Ntah le, ngaku le aku ni memang bodoh sket..... tak celik IT... IT illiterate...

Aku memang berkecil hati..tak jadi nak nyibuk....terus duduk depan TV....tengok movie lagi best!!! Dengar le hubby dok membebel sorang-sorang dalam bilik... Nak nangispun ada gak..iye le aku ni kan ke ratu airmata.....mudah sangat tersentuh. Bukan le marah kat hubby sebab dia tegur tu tapi ntah le rasa cam diri ni bengong sangat....

Tuesday, November 4, 2008

Monday, November 3, 2008

SITI AISYAH...Puteri Sulungku

Monday blues... the best to describe my mood today. Biasalah selepas bercuti dua hari, nak memulakan kerja hari Isnin memang sedikit mencabar especially bila pagi-pagi hari lagi anak-anak dah buat hal....

Bercerita tentang anak-anak...this entry is dedicated to my eldest daughter...Siti Aisyah Binti Badrul Hisham. Anak-anak adalah satu anugerah dan tanggungjawab membesarkan mereka memang berat especially bila setiap anak ada kerenah tersendiri seperti Aisyah ini...sungguh mencabar kesabaran seorang IBU....bak kata P.Ramlee dalam filem Pendekar Bujang lapok...C.U.B.A.A.N......

Siti Aisyah dilahirkan di Kampung Baru Medical Centre (KBMC) pada 1 Disember 1999 bersamaan 1 Ramadhan 1400H….hari pertama umat Islam berpuasa. Ish…kira sebulan le aku tak puasa and kena ganti sebulan le jugak. Aisyah ni comel jek orangnya…lahir dengan berat hanya kira-kira 2.5 kg…hitam manis pulak tu. Dua tiga hari pertama di KBMC kira ok le Aisyah nie…tidur memanjang tapi bila balik ke rumah (masa ni aku masih menyewa di Sri Gombak), bermulalah episode baru dalam hidupku sebagai seorang ibu. Aisyah ni penangis orangnya atau lebih tepat lagi Sawan Tangis. Siang hari dia OK tapi masuk jek maghrib sampai le Subuh keesokkan harinya dia akan menangis tanpa henti. Pelbagai cara kami cuba untuk menghentikan tangisannya tapi tak berhasil. Kalau menangis biasa takpe le juga, ini tidak, Aisyah akan menangis sampai biru satu badan…panic kami dibuatnya, tambahan pula Aisyah ni anak sulung, so pengalaman pertama kami sebagai ibu dan bapa. Kami bergilir-gilir menjaga Aisyah sampai dah macam zombie akibat tak cukup tidur. Bila jumpa doctor, dia kata ok takde masalah dengan Aisyah nie, Dr. Haron Din pun kata benda yang sama…Aisyah ok Cuma ‘nakal’ sket jek… Ok ke kalau sampai nak masuk bulan keempat masih camtu?. At last minta tolong dengan hubby nyer atuk merangkap Aisyah nyer moyang…baru le serasi dan dapat le kami tidur lena sket…

Selain dari sawan tangis, Aisyah juga seringkali keluar masuk hospital ketika masih kecil. Biasalah untuk baby diserang jaundis tetapi sebab Aisyah ni comel, jaundisnya lambat hilang, so selepas beberapa hari kuar hospital Aisyah warded semula, kali ini di Puteri Specialist sebab aku kat rumah mak di Senai. Pergh mencabar beb turun naik hospital sewaktu dalam pantang, tambahan pula di saat umat Islam sedang berpuasa…nak makan masih malu-malu kucing…tapi mak paksa gak makan sebab nanti mana ada tenaga nak jaga dan breast feed Aisyah….

Aisyah juga ada mild asthmatic semasa kecil…jadi selalu le diserang batuk, demam, selsema dan penyakit-penyakit yang seangkatan dengannya. KBMC dah macam rumah kedua kami…. Masa Aisyah 6 bulan, kami bawa dia bercuti ke Cherating. Balik dari bercuti Aisyah kena demam yang agak teruk…masuk wad lagi!! Ibu dia yang comel nipun masuk wad gak menjaga Aisyah…nak dijadikan citer, waktu tu akupun rasa tak sedap badan gak…bila buat check-up, rupa-rupanya Aisyah bakal dapat adik. Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi. Kesian lak kat Aisyah sebab kecil lagi belum puas bermanja dah nak dapat adik……

Berbalik kisah Aisyah hari ini. Sebenarnya Geram sangat dengan Aisyah nie. Ibu dia dah memang le banyak kerja diwaktu pagi..nak kena check semua in order. Ibu minta tolong Aisyah pergi kemas bilik dan ikat langsir sebab ayah dia (my hubby) tak suka lihat rumah yang bersepah. Aisyah tak mahu lak sebab dia kata takut. Ish geram tul ibu dia nie, mana ada hantu kat rumah ibu....Nak pukul tak sampai hati, hanger yang jadik mangsa...berkecai ibu hentak kat atas kerusi tapi muka Aisyah camtu gak....ish! keras tul hati dia.....Last-last ibu cubit gak dia kat bahu..geram nyer pasal!!!!

Buat Aisyah. Aisyah ni baik sebenarnya cuma ada 'degil' sket. Ibu sayang kat Aisyah...in fact ibu sayang semua anak ibu tanpa ada sedikitpun perbezaan. Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak ibu. Ibu mahu Aisyah membesar menjadi anak yang berguna..yang patuh pada ajaran agama...yang menjaga nama baik keluarga. Bila ibu sudah tiada nanti, ibu harap Aisyah yang akan sentiasa membacakan kalam-kalam suci Allah di pusara ibu. Kalau ibu marah, tandanya ibu sayang pada Aisyah..ibu masih mengambil berat tentang diri Aisyah. Aisyah tetap anak ibu....seburuk manapun pandangan orang pada Aisyah...Ibu tetap sayang pada Aisyah. Belajarlah rajin-rajin, semoga suatu hari nanti Aisyah akan beroleh kejayaan..........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...