Wednesday, May 4, 2011

My Very First Wedding Cake....


Kira-kira sebulan nan lalu, sepupu kepada Dear Hubby telah membuat special request untuk sediakan kek sempena perkahwinan adik perempuannya....(Hubby nyer sepupu gak le ek bakal pengantin tu...).
Memula memang le takut nak terima tetapi cam tak sampai hati lak nak turn down the very special request...so just kata Insya'Allah.  Special request kek empat semegi dengan warna tema merah cili.

So, inilah hasilnya...aku bakar sehari sebelum majlis hari Ahad (1 Mei) nan lalu.  Gabungan Butter Cheese dan Carrot cake....tiga layer tuuuuuuu..... tiga adunan dan tiga kali bakar....
Fuh!!!!! ....Icing jek beratnya 1 kilo+++.
So, bayangkan berat akhir kek  istimewa ini. 
Perancangan awal memang nak buat 2 tiers..dah siap beli tiang dah...
 tapi tak larat le plak...

Ok le ek untuk first timer. 
Sekejap jek licin kek tu kena serbu.  Berbaloi-baloi!!.

So, arini kita citer pasal kek dulu, esok aku upload gambar2 sepanjang majlis lak...
Insya'Allah.....


Thursday, April 14, 2011

Perasaan Terlebihkah Aku.....?

Bebaru nie pergi KL Convention masa lunch.  Masa lalu sebelah Aquaria tu, perasaan le ada minah cina dok usha kat aku...so buat donno jek le kan kan.... Biasa le kan orang pandang kat kita...tak jadi kudispun mak kata....

Then, masa aku beli air, perasan lagi depa dok berdiri sebelah aku... Tak apalah kan...depa nak beli air jugak kot.  Lepas bayar air tetiba one of them kejar aku sambil tangan tunjuk2 ke depan.... Eh! nak mintak tolong tunjuk arah ke?.  Aku gelabah gak sebab bab-bab berkaitan direction nie memang aku fail.....F9 kay....

Then one of them, bagitau dalam pelat bahasa Inggeris yg mereka nak bergambar dgn aku.
Eh! mimpi apa lak...aku bukannya artis...selekeh lak tu....
Then dia kata " You're so beautiful.."
Wow! rasa nak terduduk jap tapi terpaksa gak le senyum sumbing bila mereka dah start peluk2 aku.  Nasib baik pompuan, kalau lelaki dah lama aku bagi flying kick!!
Dalam dok bengang/malu tu sempat gak tanya depa dari mana.....Ooooo dari Taiwan... 

Geng makan aku lak dok sengeh2 kat tepi...bukannya nak tolong aku yang tebal muka sbb dok kena perati org keliling. 
Btw, betul ke muka aku ni mcm muka pelakon drama Korea/Taiwan...?   Sebab dah 3-4 org kata cenggitu.
Ntah le ek...ni yang nak kena usha2 cerita Korea/Taiwan nie.....
Kira glamer gak aku nie.............

Hehehehe....jom kita naik Liffffffff.......


Thursday, March 31, 2011

DILAH'S WEDDING...



Hehe...cerita nie dah agak basi...dah sebulan berlalu tetapi meriahnya masih tetap terasa....

Adilah @ Dilah ni merangkap sepupu padaku tapi dah lebih kepada adik sebab kami dibesarkan dalam rumah yang sama.  Aku tinggal dengan pakcikku (Ayah Dilah) sehingga tamat sekolah menengah.  Rasanya masa Dilah lahir, aku Tingkatan 3, so aku ada share le jugak dlm membesarkan Dilah nie.  Tolong mandikan, tukar lampin, bagi makan etc etc...

Oleh kerana majlis Dilah di buat di dewan dan makanan secara catering, xde le sibuk dan berkecah sangat rumah.  Majlis akad nikah aje yang disempurnakan di rumah  di Bandar Baru Bangi.  So, untuk majlis nikah ni, aku tolong rebuskan telur bunga pahar and buatkan sireh junjung.  Alahai, lupa lak nak snap sekeping dua gambar hasil seniku itu.....

Majlis persandingan diadakan di Dewan MAEPS dan oleh kerana aku begitu sibuk menyambut tetamu, tidak ada walau sekepingpun gambar yang dirakamkan...sedih tul....
Anyway jadi le beberapa keping gambar yang diambil di rumah semasa majlis nikah...itupun kurang berkualiti sebab menggunakan henpon cap ayam jek.....




 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...