Monday, January 24, 2011

Kemana Tumpahnya Kuah.....

Anak comel ibu dah masuk darjah satu.  Diam tak diam, dah hampir sebulan Iwan bersekolah.  Cian dia....nampak sangat penat.  Kena bangun seawal pukul 5.30 pagi untuk mandi dan bersiap. Iwan sekolah KAFA di sebelah pagi dan kebangsaan pulak sesi petang.  Normally, lepas maghrib at about 7.30 pm baru Iwan sampai rumah....cian cian cian...  Tapi bila difikirkan semula...dulu kitapun cam itu juga kan kan kan....

Well, nak story...aritu bila Iwan balik dia cakap..
"Ibu seluar nie kena basuh dan bagi kat cikgu..."
Eh!!! apahal lak nak bagi seluar adik pada cikgu..??
"Saya terkencing dalam seluar le ibu...sebab saya tak tahan...nie seluar cikgu.."
Ooooo...terlopong sat mulut ibu...
Dari segi lain, kira bagus gak sekolah tu...menyediakan seluar spare untuk situasi seperti ini....

Dear hubby tetiba ketawa terbahak-bahak. 
Heran lak, biasanya dia yang akan naik angin dulu.
Then baru le pecah rahsia...dulu diapun baut cerita sama gak.....
Hahahahaha....mana tumpahnya kuah iye dak.....
Kira Dear hubby mengenang nostalgia zaman sekolah le tu.....
Ish ish ish....
Buat malu kompeni jek......






Tuesday, January 18, 2011

Interlok...Luahan Rasa

Tetiba arini terpanggil lak nak meluahkan apa yang aku rasa tentang isu panas sekarang nie...Isu buku teks Sastera Tingkatan 5...Interlok.  Aku sendiri belum berkesempatan membaca novel ini...actually lum sempat caripun..sekadar membaca sinopsisnya disini.  Kalau tidak kerana isu perkataan "Pariah"yang dikatakan menyinggung kaum "tertentu", pastinya novel ini tidak sefamous sekarang....

Pada pendapat aku, tiada apa yang perlu dijadikan isu.  Apa yang cuba digambarkan penulis adalah keadaan sebenar pada ketika itu....zaman itu.  Tiada siapa yang patut melatah dalam hal ini.  Mereka sepatutnya terima secara terbuka dan rasa bersyukur kerana dapat hidup secara harmoni di negara bertuah ini...Malaysia...negara pelbagai kaum.  Jangan pula kerana hal kecil seperti ini akan menimbulkan huru-hara di negara kita.  Perlu ada tolak-ansur...dan rasanya kebelakangan ini kerajaan telah banyak give-in dengan mereka....

Perkataan "P" ini telah lama ada dalam kamus tatabahasaku...sejak kecil lagi.  Dan aku memang sedar setiap kali perkataan ini diutarakan, pasti kaum "tertentu" itu akan naik angin...marah...tersinggung.
Pada waktu itu, memang aku rasa hairan..kenapa mesti marah sebab memang aku tidak tahu apa makna perkataan tersebut.  Semakin aku dewasa dan meluaskan pembacaan, barulah aku faham ia ada kena mengena dengan susur galur bangsa mereka...asal keturunan mereka yang menjejakkan kaki ke Tanah Melayu. 

Itukan  dulu...di sana-sinun...
Di sini (Malaysia) mereka tidak dipandang/diukur berdasarkan sistem kasta seperti di sana.  Mereka tidak dipandang hina.  Mereka diterima di sini secara saksama...tiada beza!!!.
K.I.T.A satu maaa....Satu Malaysia dengan pelbagai agama dan budaya....
Apalagi yang perlu dipertikaikan...????

Bukankah mempelajari sejarah asal-usul ini akan menjadikan kita lebih insaf dan bersyukur bila mengenangkan kembali kepayahan yang dilalui oleh nenek-moyang kita dahulu. 
Rasa bersyukur kerana dapat hidup secara harmoni di bumi bertuah ini...
Alahai...janganlah lagi disensasikan isu ini.  Sentimen kaum ini tidak seharusnya diperbesarkan. 
Jangan terlalu cepat melatah.
Kerajaan pula harus tegas dalam menangani isu ini....bak kata pepatah
"Seperti Menarik Rambut Dalam Tepung,
Rambut Jangan Putus, Tepung Jangan Berselerak......."

Ini luahan rasa peribadi aku kay.  Tiada niat untuk memperkecil atau memperlekehkan sesiapa....


Monday, January 17, 2011

Birthday Angah (Ikhwan)


Angah menyambut ulangtahun ke-10 pada hari Sabtu 15 Januari lalu.
Besar dah anak cekeding ibu nie...memang saling tak tumpah cam ibu...slim jek

Istimewa buat Angah, Ibu buatkan blueberry cheesecake.  Memula tu ingat nak garnish tema budak lelaki le, letak rumput dan bola...tetapi tetiba Angah nak kek warna biru...
Hah! last minute, ini le hasilnya....memang tak berapa sesuai untuk budak lelaki.....
Layan aje le labu.....

Sori le...gambar memang tak cantik sebab guna tepon cap ayam jek....
Masa nak snap gambar baru perasan, camera abih bateri...nasib baik ada tepon...cap ayam pun cap ayamlah......




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...