Semalam aku keje cam biasa walaupun badan rasa penat giler.... Mana ke tidaknya, dari pagi sampai petang tak kering jari membantu apa yang patut.... dan Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Dear hubby lak amik cuti dua hari untuk merehatkan minda dan diri katanya....
Oleh kerana Dear hubby cuti, maka dengan separuh rela terpaksalah drive sendiri ke opis. Nasib baik le ramai yang masih bercuti...jalan clear wa cakap lu. Kejap jek dah boleh sampai destinasi.
Opispun lengang gak sebab masih ramai yang demam ketupat lemang. Aku takleh cuti atas beberapa sebab...yang utama sebab nak spare cuti untuk Iwan naik darjah satu dan yang kedua, report tak siap lagi...budget 2011pun lum settle.
Sedang asyik bekerja (Chewah!!!!), tetiba Hubby call
...jeng jeng jeng...
" Yang, U bawa keter tak check dulu ek? "
Mak ai berdegup bagai nak luruh jantungku. Apahal? apa yang dah aku lakukannn???
"I nyer wallet tertinggal dalam keter U le. Ni nak bawak bebudak bekpes xleh...."
Ala cian-cian cian. Saper suruh tinggalkan wallet dalam keter aku, tinggalkan le dalam keter sendiri...muahahaha...cakap belakang berani le ek!
Oleh kerana kasihankan dear hubby dan anak-anak kat umah...
Iye le kalau dah lesen memandu dan RM sumer kat aku, cemana hubby nak jenjalan...maka aku dengan separuh rela juga terpaksa le mengambil cuti dan pulang ke rumah.....
ALAHAIIIII.........