Eh...tak habis lagi ke cerita pasal raya. Dah nak abis dah raya ek. Minggu depan dah kira penutup le.....
Hari Ahad bebaru nie ajak le kenkawan datang bertandang ke rumah...ala-ala open house gitu. Jemputan boleh tahan ramai, kalau boleh sumer aku nak jemput...kenkawan opisku dan hubby , kenkawan zaman sekolah, kenkawan masa kat Universiti, sedara mara dan tak lupa jiran tetangga.....
Menu? Erm...tahun ni ada malas sket nak masak...pakai Kepala Agong jek....hehehe order saje. Ada Nasi Tomato dengan dalca, acar dan ayam masak merah. Ada roti jala dengan kari ayam. Ada Sate. Ada spagheti dan pelbagai manisan....hah! spaghetti dan segala macam manisan, aku buat sendiri tau..... Ada carrot cake, cheese cake, dadih strawberry dan mangga... Penuh gak meja sampai tak tahu nak letak mana.. Sayangnya aku terlupa nak snap gambar...rugi rugi rugi.....
Kepada yang sudi berkunjung, terima kasih diucapkan. Maaf sekiranya ada yang terkurang, baik dari segi layanan mahupan masakan. Dilain masa jemputlah datang lagi, tak perlu jemputan, rumah sentiasa terbuka menerima kunjungan kalian...
No comments:
Post a Comment