Friday, October 30, 2009

Iwan's HairCut.....



Comel lak tengok Iwan duk atas kosi tu.  Diam jek dia tak bergerak-gerak.  Cuba kalau ibu yang buat, sure tak reti duk diam...macam ulat nangka.  One thing weird about Iwan, everytime nak trim rambut, dia mesti nak orang yang sama jek, kalau orang lain mesti dia lari...memilih tul.  Ntah ayat apa yang mamat sorang ni pakai sampai Iwan begitu attached dengan dia....

Another strange thing yang ibu perasan about Iwan...actually not only Iwan BUT to almost sumer termasuk le Dear Hubby....setiap kali they all potong/trim rambut...nakal diorang bertambah sket....very very the obvious....

NAPE EK..?????



Wednesday, October 28, 2009

Hmmm...Musim Orang Naik Pelamin



Tak lama lagi cuti sekolah nak mula dah kan kan kan.   So, bila cuti sekolah rasanya yang paling seronok tentulah tokey catering & khemah.  Mana taknya sana-sini ada orang nak naik pelamin.  Tu grup kompang, Gamelan, Hamdolok dan ntah apa-apa lagi tentu leh tumpang sekaki gak.  Aku?  nak gak tumpang sekaki.  Tumpang apa...?  Tumpang makan nasi minyak orang jadik le.  

So, kat opis nie dah beratur dah bakal mempelai.   Top in the list, tak lain tak bukan si Eko...ala awek yang pergi lawat estate dengan aku dulu tu...yang tak abis2 nak bergambar masa kat Awana Kijal tu..hehehe.  Yang tertera ni le kad dari si Eko.  So, sesaper yang dah terima jemputan tu, jangan lupa datang ek...kang nangih lak si Eko kat atas pelamin... Aku?  Insya'allah akan menghadirkan kalau mendapat green light dari encik Hubby tersayang.  Boleh ek Yang....Boleh ek........





Gembira nyer che akak ngan che abang ni terima kad dari Eko.  Cik Kak Darviza tu, tengah tunggu hari gak tu...kira tengah darah manis gak, tapi takde le semanis si Eko...


Monday, October 19, 2009

Glamer Raya TPB/TWS 2009

Bengong tul internet semenjak dua menjak nie.   Nak upload gambar punyalah bercinta.
Cadang nak upload gambar-gambar jamuan hariraya kat PJ Hilton tapi nampak gayanya hanya 3 keping gambar ini saja yang mampu dimuatkan...ntah apa-apa..Geram tul....!!

Mood nak menulispun jadi terbantut.  So, layan aje le gambar2 ntah apa-apa nie...





Wednesday, October 14, 2009

Terkenang Sewaktu Dulu...

Ni dah macam takde keroje le pulak. Sajek jek tetiba nak merapu sket..mungkin kesan ubat batuk dan selsema yang aku ambil sebentar tadi.....

Ok...kita mulakan dengan gambar ala-ala perasan ayu gitu....
Gambar ini diabadikan di Sunway Hotel sekitar December 1997. Tengah frust menonggeng waktu nie....tapi bila dalam gambar tetap boleh sengeh sampai telinga.....


Yang ini pulak gambar gi Outing ke Bukit Bendera dengan kenkawan somewhere in 1995 (kalau tak silaplah..).  Masa ni baru jek habis final exam untuk final semester di UUM.  Kekira outing terakhir bersama member2 sebelum masing2 balik kampung dan tunggu keputusan akhir sama ada dapat Grad atau terpaksa sambung belajar lagi....

Yang ini pulak pada raya tahun 1998. Inilah kereta pertamaku...hasil titik peluh sendiri tau. Sayang tul kereta nie tapi apakan daya terpaksa gak let go...

Gambar nie pulak semasa Outing/Camping Mentor-mentee Kat Pulau Pinang. Tak berapa nak ingat nama tempat kami camping tu...Telok Bahang kot. One of the activity was meronda-ronda sekitar Penang and singgah le tempat ni...Taman Rama-Rama Penang. Aku yang kat depan skali tu, baju warna purple...

Eh...macamana lak tetiba terselit budak melayu kat celah-celah minah & mamat bermata sepet nie???
Inilah kenangan semasa menghabiskan Practicuum selama 6 bulan di Panasonic Johor sekitar tahun 1994. Seronok beb kerja kat situ..dapat beli barangan Panasonic pada harga staff...pastu diorang kat situ bebaik belaka walaupun aku jek sorang melayu dan bertudung....


Eh! abisss dah ke...?
Actually-melly banyak lagi gambar kenangan dalam simpanan tapi cukup le dulu ek buat masa nie.....



Monday, October 12, 2009

RAYA RAYA RAYA.....

Eh...tak habis lagi ke cerita pasal raya. Dah nak abis dah raya ek. Minggu depan dah kira penutup le.....

Hari Ahad bebaru nie ajak le kenkawan datang bertandang ke rumah...ala-ala open house gitu. Jemputan boleh tahan ramai, kalau boleh sumer aku nak jemput...kenkawan opisku dan hubby , kenkawan zaman sekolah, kenkawan masa kat Universiti, sedara mara dan tak lupa jiran tetangga.....

Menu? Erm...tahun ni ada malas sket nak masak...pakai Kepala Agong jek....hehehe order saje. Ada Nasi Tomato dengan dalca, acar dan ayam masak merah. Ada roti jala dengan kari ayam. Ada Sate. Ada spagheti dan pelbagai manisan....hah! spaghetti dan segala macam manisan, aku buat sendiri tau..... Ada carrot cake, cheese cake, dadih strawberry dan mangga... Penuh gak meja sampai tak tahu nak letak mana.. Sayangnya aku terlupa nak snap gambar...rugi rugi rugi.....

Kepada yang sudi berkunjung, terima kasih diucapkan. Maaf sekiranya ada yang terkurang, baik dari segi layanan mahupan masakan. Dilain masa jemputlah datang lagi, tak perlu jemputan, rumah sentiasa terbuka menerima kunjungan kalian...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...