Wednesday, September 30, 2009

Salam Aidil Fitri.....


Assalamualaikum.....

Haa....nak masuk rumah kena le bagi salam dulu.
Lama betul tak datang jenguk rumah ek...dah bersawang sana-sini...

Hmm...Raya tahun nie...best ke idak ek..? For me...the best raya ever after 10 years. Kenapa dan mengapa? yang itu jangan tanya...jawapannya memang ada tapi takleh nak share dengan sesiapa....hehehe.

As usual, first raya sembahyang kat Puchong dolu then baru gie jenjalan pat lain. Plan asal nak balik Tanjung Malim petang raya pertama tapi coz ada hal yang tak dapat dielak, plan terpaksa dipinda disaat-saat akhir. Dear hubby kata "Jom balik Johor Raya ke-2". Me? mestilah happy, rasa nak melompat kat situ tapi sebab nak control ayu, me cuma angguk and kata "Ok...I follow" ....hehe.
Anyway..rasanya lum terlambat nak wish...
SELAMAT HARIRAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN

Wednesday, September 9, 2009

Kuih Raya....First Batch...


Hajat hati tahun ni nak surrender buat biskut/kuih raya....
Why? Why? Tell me Why...
No specific reason actually-melly...cuma penyakit M begitu kuat kuasanya mengalahkan H1N1 dan B1N1...hehehe.

Tapi naluri keibuan aku kuat gak...terkonon-kononnn. Kesian tengok bebudak 3 ketul tu asyik tanya bila ibu dia yang terrrrrsangatlah rajinnya nie nak mula buat kuih raya. So, sebagai permulaan, terimalah Honey Chocolate Cornflakes dan Mama Carries...
.
Ramai yang dah booking kat opis nie tapi aku tak larat nak entertain...tak cukup kakitangan....
So, kenkawan, tunggu le lepas cuti raya nanti, akanku bawa ke opis kita jamu sesama....
BTW, ada lagi 2 jenis biskut yang sudah menjerit-jerit memanggil-manggil suruh dibuat segera....Tunggu.....!!!!


Tuesday, September 8, 2009

Busyuk Ibu Puasa.....


Terasa sayu lak hati. Si kecil yang ibu sangka masih belum faham erti berpuasa rerupanya sudah mula belajar berpuasa. Hari Khamis minggu lepas, semasa ambil Iwan dari Nursery, pengasuhnya memberitahu "Kak...Iwan puasa hari ini..", terkejut gak, antara percaya dengan tidak. Betul ke Iwan puasa. Berkali-kali aku tanya padanya minta kepastian.....Jawapan dari mulut comel itu tetap sama..."Saya Puasalah Ibu..."
Aiseyman....cian Iwan, maknanya dia berpuasa tanpa sahur. So, hari pertama puasa tu mmg Iwan melepek abih! and by the time aku sibuk membuat persediaan berbuka dia sepuluh kali sekejap buka fridge dengan pertanyaan "Bila nak boleh makan nie...."

Waktu berbuka adalah waktu yang paling menggembirakan. Seronok tengok Iwan makan. Start dengan nasi you...pastu baru kuih dan diakhiri dengan susu sekotak.....Ish! ish! Ish! pulun abih anak ibu yang sorang nie....
Sehingga ke hari ini, Iwan masih berpuasa. Belum ada sekalipun dia ponteng tau. Hari minggu sewaktu aku buat biskut raya , dia masih kuat semangat nak puasa walaupun matanya asyik merenung pada biskut yang semerbak baunya. Memang kasihan dan tak sampai hati tapi bila aku suruh berbuka. Katanya...
"Ibu....Puasa mana boleh makan waktu siang. Malam baru boleh makan...kena tunggu azan dulu....".
Adussssss!!!!! tersentuh sungguh, rasa nak mengalir airmata...
Cuba bayangkan, si kecil ini begitu bersemangat berpuasa dan tahu menghormati bulan Ramadhan....bagaimanalah agaknya perasaan orang-orang di luar sana yang tanpa rasa malu makan di khalayak ramai hanya dengan alasan terlupa baca niat, terlupa bangun sahur etc etc.??
Iwan tak bangun sahurpung boleh puasa tauuu!!!!!
He He ...Renung Renungkan......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...