Macam berat and perasan bagus lak topic arinie. Bukannya apa, pagi tadi masa driving nak gie keroje, bukak jek HOT FM dok dengar si FBI dan Fafau asyik berceloteh pasal PPSMI nie. Banyak le yang hantar SMS dan yang tepon bagi pendapat diorang … pro & con PPSMI nie.
Aku bukannya apa…Cuma nak numpang nyebok jek and nak kasik tambah pening TPM kita tu…heheh. Pada pendapat aku le….ni pendapat peribadi le ek…jangan lak lepas nie ada yang nak saman menyaman. Aku sebenarnya tak brapa setuju dengan PPSMI nie. Memang patutpun di mansuhkan…menyusahkan bebudak jek. Cian kat diorang…Cian kat aku gak…..
Ni nak story, malam tadi masa si Angah minta tolong nengokkan homework maths dia, aku mmg naik angin satu kepala. Actually bukannya Angah tak pandai tapi sebab sumer soalan dalam bahasa omputih, satupun takde yang betul. Contohnya, adake patut Angah jawab “Abu take about 20 hours to walk home from school”. Geram Tul. Rasa cam nak lekuk jek kepala dia… Salah saper? Bukan salah ibu mengandung tul tak? ke aku jek yang terover….
Tapi bila difikirkan balik kesian gak kat angah. Bila aku Tanya makna “home” dan “walk”pun dia tak tahu. Aku suruh dia differentiate between hour & minute lagilah dia blur tapi bila sebut jam dan minit faham lak....Ish Ish Ish. Subjek sainspun camtu gak. “Beautiful Feathers” bila aku tanya apadia? Dia cari dlm kamus and jawab…. “Cantik bulu burung ayam”.. Ish ish ish…direct translation. Terangkan le makna sebenar dan Nampak le dia boleh telan. Bila aku twist sket and kata “So, if I tell you how beautiful is that girl” apa maknanya?, dgn konfiden dia jawab “ Beautiful feathers……” Waduh! waduh! Alahai…nak marah ada, nak tergelakpun ada……
Begitulah adanya serba sedikit natijah PPSMI in real….So boleh ke PPSMI ni…?????? Sendiri mahu ingat le ye tak.
Bak kata Nabil…
LU PIKIRLAH SENDIRI!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment