Friday, October 31, 2008

DOA SEORANG ISTERI

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di JannahMu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah
Sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya padaMu Ya Allah
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Bonda Tercinta



Bondaku bernama Zainab (Dzenab) Haji Mohd Yassin. Dilahirkan pada Oktober 10 1947 iaitu kira-kira sepuluh tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan. Bonda dilahirkan di Batu Pahat Johor dan merupakan anak bongsu dari empat orang adik beradik. Bonda kehilangan ibu ketika masih terlalu muda dan belum mengerti apa-apa. Alhamdulillah bonda mendapat pengganti seorang ibu tiri yang baik yang telah mengasuh dan membesarkan bonda seperti anaknya sendiri.

Hasil perkongsian hidup bonda bersama ayahanda Abdul Jalil Mohd Yasin telah dikurniakan enam orang cahayamata yang terdiri daripada lima puteri dan seorang putera. Alhamdulillah, kesemua putera dan puteri bonda telahpun berumahtangga.







Wednesday, October 15, 2008

PEMBUKA KATA

Hai, Selamat datang ke blog WARNA-WARNI KEHIDUPAN. Blog ini hanya sebagai nukilan rasa seorang insan bergelar isteri dan ibu dalam mengharungi kehidupan seharian.

Serba sedikit tentang empunya diri. Dilahirkan di Kampung Pasir lama Petaling kira-kira 37 tahun yang lalu. Kira dah tua jugak diri nie tapi masih perasan muda…young at heart kata Omputih. Dibesarkan di sekitar Selangor, KL dan Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Pasir Johor dan kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi sehingga tamat tingkatan lima. Meneruskan perjuangan menimba ilmu ke peringkat Matrikulasi di Pusat Matrikulasi UUM di MRSM Kulim dan seterusnya ke UUM Sintok untuk mendapatkan segulung ijazah.

Dah lama tinggalkan alam persekolahan tapi kenangan semasa menjadi student terus kekal dalam ingatan…..bagai baru semalam ditinggalkan semua itu…masih lagi terbawa-bawa dalam mimpi kekalutan dan phobia ketika menghadapi peperiksan. Dalam diam dah lebih 13 tahun graduated dari UUM, maknanya dah lebih 13 tahun juga tinggalkan alam persekolahan.. alam kampus dan zaman bergelar siswi . Rindunya rasa…….

Alhamdulillah. Sekarang aku sudahpun bekerja dan berkeluarga. Dikurniakan seorang puteri dan 2 orang putera. So, kebanyakan masa dihabiskan di pejabat dan rumah. Zaman untuk berseronok meronda satu Bandar Alor Setar seperti dahulu sudah tiada. Keluar shopping hanya setakat beli keperluan rumah ikut senarai yang ditulis…my hubby memang tak suka buang masa tak menentu. Nak buat sesuatu mesti ada objektif…mesti ada vision and mission..heheh tapi at times dia rajin gak bawak kami jenjalan…ikut mood le….. Ok cukup le serba sedikit tentang diriku. Kalau nak diceritakan semua…3 hari 3 malam takkan habis....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...