Monday, July 29, 2013

Mood Raya Sudah Tiba......

Sekejap aje dah nak raya ek...
Begitu pantas masa berlalu...tak sempat nak kejar...
 
Sebenarnya takde le rasa nak raya sesangat sebab bila dah tua-tua nie.....opppppsssss dah semakin matured nie (hehe) mood nak raya tak sehebat zaman bebudak dulu.
Kalau dulu memang tak menyempat nak tunggu raya.
Baju dan kasut yang mak beli seribu kali sekejap di cuba
Tak sabar sungguh nak mengumpul duit raya...
 
Sekarang nie persiapan raya lebih tertumpu kepada anak-anak sementelah tahun ini aku bersendirian menguruskan segalanya.  Dear hubby minggu terakhir nanti baru dapat pulang ke Malaysia.
So, nampak gaya kena tunggu last minit gak nak sopping, kena tunggu Kak Long Aisyah pulang bercuti hujung minggu nie.
 
Kuih raya? 
Memula tu bercadang nak gak buat beberapa jenis biskut kegemaran anak-anak tetapi murah lak rezeki tahun nie...
Banyak lak kuih sponsor.  So, kensel le nak mengukis banyak-banyak.  Buat dua-tiga jenis jek....
Buat ada-ada kata orang...
 
Kat opis sekarang nie dah mula nampak bebunga nak beraya. 
Setiap meja pasti ada sekurang-kurangnya dua balang kuih raya..macam-macam jenis..meriah sungguh!!!!
Topik/gossip berceritapun dah mula berkisar tentang raya..
Borang cutipun dah mula datang menerpa..memasing dah mula apply cuti raya.
Aku signed dan approved jek...takkan tak approve kot..kang ada yang meraung kang....
Siapa yang susah??....aku jugakkkkkkkkkk
Eh! bercerita tentang cuti raya...aku belum apply lagilah...
Tak boleh jadik nie...
Sekarang gak aku apply...
 
Adios.......
 
Sajek jek nak tayang antara sekut raya yang diterima.

Sampul duit raya dah sedia.  Tinggal tunggu diisi...
Setem 50 sen untuk pos kad raya. Semua company supply....
 
 

Wednesday, July 10, 2013

Bulan Berpesta....

Assalamualaikum wbrkt...
 
Cepat sungguh masa berlalu.  Diam tak diam Ramadan menjelma kembali.  Rasanya baru jek semalam menyambut raya.  Balang kuih tahun lepaspun belum habis dikemas...hehehe dah nak mulakan sesi baru...
 
Hmmm...jangan terkujat lak dengan tajuk kat atas. 
Pesta apa lak waktu-waktu begini.
Bulan Ramadhan bukanlah bulan untuk berpesta kan kan kan.....
Yang dimaksudkan disini adalah
Ramadan Al-Mubarak sebagai BULAN BERPESTA IBADAH...
Semoga dapat kita gandakan segala amal-ibadah dibulan mulia ini.
Mengejar pahala dan keredhaanNya, di bulan yang hanya datang sekali dalam setahun...
 
Alhamdulillah diberikan kesempatan olehNya untuk bertemu kembali dengan bulan yang penuh Barakah ini.
Semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya.
Semoga Ramadhan kali ini akan memberi seribu keinsafan buat diriku yang sememangnya banyak dosa...yang sering alpa..yang kurang bersyukur dengan segala nikmatNya...
Insya'Allah...Amin....
 
Di kesempatan ini juga diri ini ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua.  Sepuluh jari disusun memohon kemaafan andai ada tersilap bicara, terkasar bahasa, dan segala Ter Ter yang telah dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak,  disedari atau sebaliknya...
Secara ringkas...Maaf zahir & batin kay.....


Masak apa tu sayang....?
Masakkan Ibu special menu untuk Iftar ek.....?
Hmmmm....sedap sedap sedap..
YUMMY....


Tuesday, July 2, 2013

JPO....4th Attempt..

 
 
Johor Premium Outlet a.k.a JPO
 


 Percubaan kali ke-empat baru berjaya sampai ke ini tempat walaupun jarak perjalanan dari umah Senai tak sampaipun 10 minit.
 
Percubaan pertama masa memula JPO buka in late 2011.  Ingat lagi masa tu cuti Christmas.  Punyale ramai manusia...tak boleh nak masuk parkingpun...so, Dear Hubby kata....lupakanlah.......
 
Percubaan kedua pada hariraya tahun 2012...sama gak ramai nyer umat.....sekali lagi takde rezeki..
Percubaan ketiga semasa cuti sekolah penggal pertama tahun 2013....Hubby ajak singgah tapi rasa macam ajak-ajak chicken, so kita takde mood nak singgah...
 
DAN akhirnya pada tanggal 23 Jun 2013, tertunailah hasrat nak datang melawat JPO. Kali nie dah plan awal-awal dengan my sis kat Johor...girls outing kay.....
Sesiapa yang rasa diri mereka bukan gegurl...sila jarakkan diri anda...hehehe
 
Okaylah datang time jerebu sedang teruk melanda Johor.  So, tak ramai orang...touristpun ada dua tiga kerat jek.  Parking lengang kay...bangku yang biasanya tak sempat nak sejukpun lengang gak....
 
Bawa Qalesya aje...yang lain sbb bukan gegurl...kena tinggal...
Kedai yang memula kitorang terjah adalah Michael Kors......
Berkenan gak dengan bag kat sini tapi rega boleh tahan le kan kan kan....
Then pergi Coach lak...as usual kena beratur tunggu giliran...
Sib baik tak ramai orang...nunggu kejap jek,,,
 


Sabar menunggu.  Qalesya lak tak mahu duk diam..nak turun berlari sana-sini...
 


Apa-apapun Qalesya memang terbaik...tak meragam....
 


 So, apa yang telah dirembat semasa di sini...
Adalah...adalah......
Biarlah Rahsia............
 
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...