Friday, April 27, 2012

Andai ini takdirNya....

Assalamualaikum...

Lamanya tak berceloteh di sini.  
Banyak betul yang berlaku. 
Yang tak pernah terfikir pun ada. 
Iye le, kita hanya merancang...tuhan yang menentukan.

Awal tahun 2012, memang le sibuk tahap gaban.
Dengan kehadiran Qalesya, menambah tahap kegabanannya.
Aku betul-betul rasa tertekan dan tersepit antara tugasan di pejabat dan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri.
Akhirnya kepadaNya aku berserah.  Kumohon petunjuk.
Dan....
Inilah akhirnya...

Dengan penuh redha, aku melepaskan jawatanku sebagai seorang Pengurus Kewangan di sebuah syarikat tersenarai untuk menjadi seorang surirumah sepenuh masa.
Betul ke keputusan yang ku ambil ini?
Terlampau drastik ke?
Aku yakin pada ketentuanNya.
RezekiNya ada dimana-mana...
Cuma selepas ini aku tidak akan semewah dahulu....
Ramai yang kata aku kurang bijak...melepaskan gaji mencecah 5 angka begitu sahaja...
Biarlah....

Buat anak-anakku,
Ibu harap kalian menghargai pengorbanan ini....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...