Macam tak caya...dalam diam...pejam celik-pejam celik, dah masuk hari ke-15 kita berpuasa. Dah separuh perjalanan di bulan Ramadhan. Tahun nie takde le rasa nak beraya sangat....cuma cian kat bebudak jek especially sikenit tu yang until now masih penuh puasanya...lum tinggal walau sehari. Yang paling ibu respek..banguns sahur setiap hari relaks jek, takde le nak merengek2.
1St week puasa beria-ia makan nasi...masuk minggu kedua...tengok nasi memang tak selera. Now bersahur dengan roti dan cereals jek. Ok le kannnnnn...yang penting bersahur.
Persiapan raya...? Belum mula lagi. Tapikan...hari Sabtu aritu ronda berdua Aisyah (pas amik dia balik tuisyen), singgah le satu kedai baju nie. Aisyah sudah berkenan satu baju kurung chiffon berlabuci. Ok le, aku kata nanti kita datang dgn ayah dan adik baru leh beli. So, the next day (Sunday), pujuk le Dear Hubby ke tempat tu. Baju lelaki senang jek...x sampai 15 minit dah settle. Aisyah yg problem sket...asyik xde saiz jek. At last amik le juga yg dia berkenan. Time nak bayar tu...baru rasa nak terpengsan. Baju Aisyah tu regenya RM259. Wow!!!!!!! Akupun fikir 2 kali nak pakai baju semahal itu.
Terpaksalah pujuk Aisyah agar melupakan hasrat dihati...kita cari lain le Along ek...kat JJ ke..kat Komplek PKNS Shah Alam ke. Walawei...Aisyah sudah start meleleh ....aku buat tak nampak jek......
Memang le kesian..tapi cam tak berbaloi jek nak belikan dia baju semahal tu...lepas 2-3 bulan x muat dah...
Sori Ek Kak Long.
Nanti Ibu cari lain yang lebih cantik...& lebih murah...hehehe