Thursday, March 31, 2011

DILAH'S WEDDING...



Hehe...cerita nie dah agak basi...dah sebulan berlalu tetapi meriahnya masih tetap terasa....

Adilah @ Dilah ni merangkap sepupu padaku tapi dah lebih kepada adik sebab kami dibesarkan dalam rumah yang sama.  Aku tinggal dengan pakcikku (Ayah Dilah) sehingga tamat sekolah menengah.  Rasanya masa Dilah lahir, aku Tingkatan 3, so aku ada share le jugak dlm membesarkan Dilah nie.  Tolong mandikan, tukar lampin, bagi makan etc etc...

Oleh kerana majlis Dilah di buat di dewan dan makanan secara catering, xde le sibuk dan berkecah sangat rumah.  Majlis akad nikah aje yang disempurnakan di rumah  di Bandar Baru Bangi.  So, untuk majlis nikah ni, aku tolong rebuskan telur bunga pahar and buatkan sireh junjung.  Alahai, lupa lak nak snap sekeping dua gambar hasil seniku itu.....

Majlis persandingan diadakan di Dewan MAEPS dan oleh kerana aku begitu sibuk menyambut tetamu, tidak ada walau sekepingpun gambar yang dirakamkan...sedih tul....
Anyway jadi le beberapa keping gambar yang diambil di rumah semasa majlis nikah...itupun kurang berkualiti sebab menggunakan henpon cap ayam jek.....




 

Tuesday, March 29, 2011

I'M BACK....


Hehehe...bunyi tang bagus jek.  Tapi memang betul le..dah lama bebenor tak mengapdet blog nie.  Sibuk le kekonon ek... 
Bebenornya kalau nak ikutkan sibuk...sampai bila-bilapun akan sibuk...kerja nie...never ending story...
Abih kerja kat opis, kerja kat rumah lak dah tersengeh-sengeh menanti.....

Tapi lately nie mmg busy..ditambah pula dengan virus penyakit "M" yang entah bila akan dapat penawarnya.
Busy tahap gaban...penyakit "M" melanda tahap gaban gak....

Hopefully selepas arini, blog ni takkan bersawang lagi......
Muahssssss

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...