Monday, August 30, 2010

Siapalah Aku Ini........

Sukarnya untuk menjaga hati orang especially yang kita sayang.  Bukan mudah untuk menyelami hati dan perasaan oranglain.  Lain orang lain caranya...ada orang jenis yang tak kisah dengan apa oranglain kata.  buat hal sendiri jek...Ada orang lak kalau boleh sumer nak diambil pot...sumer kena ambil kira.  As for me...terlalu ingin menjaga hati dan perasaan semua orang sehingga adakalanya memakan diri sendiri...sering menjadi mangsa keadaan.

Sejak dari kecil, meniti alam remaja, memasuki alam persekolahan, sekolah rendah, sekolah menengah, pastu zaman di Universiti, seterusnya alam pekerjaan dan alam rumahtangga.  Begitu sukar hendak memahami diri.  Jangan kata orang, akupun rasa ala-ala tak faham dengan diri sendiri.  Iyele aku bukannya dikelompok mereka yang popular...insan biasa-biasa aje.  Cikgu ke lecturer ke, majikan ke jarang yang perasan kewujudanku... selalu le rasa diri nie tersisih...dan oleh kerana sikapku yang tidak banyak bercakap atau kurang peramah, maka aku sering dilabel sebagai seorang yang sombong.....huhuhu...

Namun, satu perkara yang pasti...aku nie memang TEROVER sensitip.  Mudah sangat tersentuh.  Airmata terlalu murah buatku dan bagi menutup kelemahan ini, aku sering berlagak serius...hehe luaran jek..dalaman punyale lembik...tersentuh sket jek dah banjir...!!!

Esok 31 August 2010, kita rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-53.  Selain dari cuti free yang ditunggu-tunggu semua orang...aku juga menunggu perubahan dalam diri.  Negara sudah lama merdeka...sudah lama bebas dari belenggu penjajah.  Aku?  Sudah merdekakah aku???  Masihkah terbelenggu dan di takuk lama..???  Semuanya terpulang padaku kan kan kan.....

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...