Friday, March 19, 2010

KeTaM oH kEtAm.....


Hari Sabtu bebaru ni bangun dari tidur tetiba rasa macam nak makan ketam...siap boleh termimpi-mimpi lagi.  So, bila Dear Hubby ajak pergi PasarBorong, dah terbayang-bayang ketam.  Actually melly, setelah lebih 11 tahun menjadi seorang isteri, inilah kali pertama beli ketam...bukan tak mahu tapi sebab Dear Hubby allergic ketam... biasanya kalau nak makan ketam, makan kat restoran jek tak pernah bawak balik rumah.....

Masa bawak balik ketam....anak-anak punyalah suka...sebab diorang tak pernah tengok ketam real...biasanya yang dah siap jadik lauk...dah takde kulit.....hehehe cian anak-anak ibu.  Sebenarnya bukan le nak citer pasal masak apa ketam ni arini, nak citer apa yang terjadi disebalik tabir pertama kali beli ketam dalam masa 11 tahun.....

Mungkin rezeki agaknya, banyak lak ketam kat Pasar Borong Selangor hari Sabtu bebaru nie.  Boleh kata setiap tempat ada jual ketam.  Besar-besar lak tu, harga pun rata-rata RM17.00-RM17.50 sekilo.  Dah puas belek ketam dari satu stall ke satu stall, akhirnya ada satu stall yang dijaga oleh mamat Bangla yang menjadi pilihan Dear Hubby.  Aku amik le 3 ekor ketam dalam anggaran satu kilo.  Bila ditimbang, dengan bangganya mamat tu cakap RM26...Eh! terkezut badak ...takkan le berat no ketam 3 ekor sampai 1.5 kilo.  Tak boleh jadik nie....rerupanya dia timbang dengan bakul kecil tempat ketam tu....Ooooo nak main kotor ek...silap orang le Bangla wei.!!! 

Panas gak hati, aku suh dia timbang balik lepas ketam tu masuk dalam plastik...
Hah! kan betul cuma 1.1 kilo..tapi dengan confident dia cakap RM20....amboi amboi amboi ingat aku tak reti maths ke...hei Bangla, silap orang kay...walaupun maths aku tak dapat A tapi takde bangang sangat 0.1 kilo boleh sampai RM3 hinggit.  Aku amik plastik tu...Oooo pandai tul Mamat tu, dia masukkan air dalam plastik tu nak kasi berat...tak kira, aku bayar 1 kilo jek....ikut hati nak ajek aku jalan dan buat aduan...biar padan muka dia. ...Ntah dah berapa ramai orang kena tipu dengan si Bangla tu....dahle cari rezeki kat negara kita...menipu lak.  Dia tahu tembelangnya pecah, masa aku nak jalan dia siap offer nak kasi ketik ketam free....PIIIIIIIIIRAAAAAHHHH!!!!

So kenkawan, berhati-hati kay ketika berurusan walau dengan sesiapa juga especially kat pasar.  Pastikan mereka timbang dengan betul & timbang mereka tidak diubahsuai.  Masa mereka menimbang, jangan dok sibuk pilih benda lain...tengok mereka timbang dan pastikan mereka tak menipu......
Hishhhh! sampai harini tak abis lagi geram aku kat Mamat penipu tu........


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...