Thursday, August 20, 2009

JTOP Dalam Kenangan.....



Semangat aku berkobar-kobar masa baru-baru grad dulu. Tak nyempat-nyempat nak cari kerja...iya le nak berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara...Chewah!!! Terkonon-konoonnnnn....

First, tempat yang aku tuju, Kementerian Pelajaran, minta
kerje sebagai Guru Sandaran. Walawei, dapat ngajor kat SMPT...sekolah banyak budak nakal nie. Aku pernah skolah sini masa form 1 tapi 2-3 bulan jek sebelum pakcik aku @ Pak Man kidnapped duk dgn dia kat Bangi.

Hari pertama jadik Cikgi memang le semangat berkobar, masuk minggu kedua dah merundum terjelepuk. Anak murid "baik-baik" sangat...yang kelas peralihan suka main kat blakang kelas, yang Form 5 lak suka main kenyit-kenyit mata ...ada yang siap tunggu depan pagar nak ikut balik umah. Adusssss!! masuk minggu ke-3, terus jumpa Pengetua ucap SAYONARA!!!!

Pastu, jadi Auditor kat Ahmad Abdullah & Goh. Tak tahan lama gak yang nie....tak sampai 3 bulan..penat beb jadi auditor ni, waktu kerja tak menentu. Pastu kena lak buli dgn senior.
Eh!!! bila lak nak sampai cerita bab JTOP nie!!???

Hehehe masa tengah dok tension keje dengan AAG nie, Pak Man soh contact one guy kat JTOP...Tn Hj Idham (MD JTOP masa tu). Dia soh aku hantar resume and dtg interview. Actually melly bukan interviewpung sebab memang dah ada tempat untuk aku kat situ. Eh! ni kira pakai orang dalam ke nie? Tak kisahlah...terima kasih Hj Idham...tapi sayang aku tak sempat mengenali beliau lebih rapat sebab tak lama lepas aku join JTOP, beliau pergi menyahut seruan Illahi....Al-Fatihah.....

Masa mula-mula dengar nama JTOP @ Johore Tenggara Oil Palm Berhad, cuak gak...ingatkan kena naik-turun panjat tangga kilang kelapa sawit setiap hari. Tak tidur lena dibuatnya...Aparaaaaaa......

Banyak tul kenangan dengan JTOP nie dari Sept 1995 hinggalah March 2006. Start joined masa anak dara...hehe saham tengah mencanak tinggi, bila tinggalkan JTOP dah jadik bini orang dan ibu kepada 3 rang anak!!!

Gambar baju kuning kat atas tu masa Executive Conference, tengah preggy 7 bulan Tuh!!
Risau tul boss tgk aku, sepuluh kali sekejap dok tanya "Lily, are you ok...???" Aku OK sokmo....

Ish ...rindunya dengan suasana dan kenkawan di JTOP......

Wish I could turn back the clock......



Wednesday, August 19, 2009

My Favourite Things



Entah kenapa, tetiba terngiang-ngiang lak lagu nie kat telinga.
Kenangan zaman persekolahan nie. Ingat lagi kami dok berlatih setiap hari nyanyi lagu medley antara lain termasuk le lagu nie untuk persembahan akhir tahun. Tapi nak jadik sad story of the year, aku tetiba kena Chicken Pox lak beberapa hari sebelum tarikh tu.

Ish Ish Ish Syahdu tul...

Ni hah aku tepek lirik lagu tu kat sini.


My Favorite Things

Raindrops on roses and whiskers on kittens
bright copper kettles and warm woolen mittens
brown paper packages tied up with strings
these are a few of my favorite things

Cream coloured ponies and crisp apple strudels
door bells and sleigh bells and schnitzel with noodles
wild geese that fly with the moon on their wings
these are a few of my favorite things

Girls in white dresses with blue satin sashes
snowflakes that stay on my nose and eyelashes
silver white winters that melt into springs
these are a few of my favorite things

When the dog bites, when the bee stings

when I'm feeling sad

I simply remember my favorite things
and then I don't feel so bad...


Friday, August 14, 2009

Mengubat HATI.....


Hati masih berduka.
Kesan kesedihan semalam masih belum reda.
Mencari ketenangan, kutemui nukilan ini lewat Tmn2Syurga .


Petikan dari Tmn2Syurga :


Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk.

Inilah petua terbaik untuk mengubat resah dan gundah :


* Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah

* Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

* Sibukkan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakkan membaca Al-Quran dan pelbagai bahan bacaan, terlibat dalam aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.

* Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percayai (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya

* Senyum - Apabila berada dalam tekanan. Cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

Wallahua'lam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...