Tuesday, August 4, 2009

Hmmm...Terima Kasih Daun Keladi


Tak sangka lak tetiba dapat benda berkilau nie....
Hubby kata "Belated 10th Anniversary Gift"

Tak kira le apapun...Thanks again.
Lain kali bolehlah belikan lagi....yang lebih besar dan lebih berkilau...
Hehehe Amboi Amboi Amboi

Hmmm...my birthday is around the corner.
Rasa-rasa apa ek hubby nak bagi.....??
Tungggggguuuuu.....

Tuesday, July 21, 2009

HATIKU - Khas Untuk Insan Tersayang




Ketika hati sedang berduka, ketika hati tidak keruan.....tetiba terpandang coretan ini...


Ambil lah hati ini... Nah, ambil la benda ni. Apa ni? Ini adalah hati. Hati aku. Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku? Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan.


Terima kasih.... ianya bererti. Aku terlalu menghargainya.

Oh ye ke... tapi maaf. Untuk apa?

Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya. Cuma sebahagian saja...

Maksud kau? Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga. Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri. Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya.

Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri. Mistik? Kelakar bunyinya... Mungkin kelakar.Tapi itu realitinya. Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau. Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya.

Ianya bukan satu benda yang percuma.Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa. Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.

Aku insan terpilih?

Ya, kau yang terpilih.Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku.

"Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini.

Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa. Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti.


Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu mistik!

Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu.


Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika... sehingga hatinya pulih seperti sediakala.


Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.

Terima kasih kerana menyayangi aku...

Thursday, July 9, 2009

Tag le Plak....


Rasanya dah lama dah adik hantar tag nie...berbulan-bulan nan lalu. Sure adik dah berjanggut tunggu akak dia yang cute mute nie jawab. Nak wat camner, saper suh anta naik Vespa, cuba naik jet sure cepat sampai....


1. Ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Award orang naik Vespa ni diberikan oleh adik a.k.a Adique. Mula-mula memang rasa malas nak jawab tag nie tapi kesian lak sbb adik dok komplen umah kita dah bersawang kan kan kan...So di gagahkan juga diri walaupun atas meja ni melambak-lambak kerja...biasalah kan....Lepas ni nak tunggu lak sesiapa nak bagi Award "Employee of the year"..... kui kui kui


2. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (anda di-tag!)


Fakta diri & Hobi...? Hmmmm...akak comel nie ada hobi ke ek? Nanti ek......


Hobi le dulu kan....

Membaca buku/majalah
Ni hobi paling glamer. Kalau Tanya budak tadikapun mesti diorang kata hobi diorang membaca. Heheh ntah iye entah tidak. Si Aisyah tupun dok tulis dalam Buku Nilam (Rekod membaca) punya le banyak Tajuk Buku and Author tapi bila tanya balik apa yang dia baca…HAMPEHHHH!
Tapi aku memang suker mambaca tau..masa kecik-kecik dulu komik dan majalah humor le yang selalu dibeli…Gila-gila dan Ujang tak pernah miss tu….

Sekarang ni, masih gak minat membaca tapi takde le nak baca komik lagi, dah lebih pada bacaan ringan dan majalah berbentuk informasi cam majalah keluarga, Anjung Seri dan Accountant’s
Today…sesekali layan gak novel-novel tangkap leleh tu. Cheh! Cam poyo jek…..

Menjahit
Ni hobi yang entah camner boleh muncul lak. Takde le nak kata cantik hasil jahitan tu tapi kira ok le…jimat kos per. Nak tempah mahal pastu kekadang tak ikut kita nyer spesifikasi lak….
Tapi yang pasti macam bab jahit langsir…rasanya aku nie lebih banyak jahit langsir orang dari langsir umah sendiri..kan adik kan kan kan.
Nak tengok hasil kerja tangan akak cute nie, bole le ke umah adik…..

Menonton TV
Menonton Tv ni yang paling syiok. Bukan senang nak dapat peluang tau especially bila dah jadi bini dan emak orang nie. Masa muda-muda dulu, ish jangan citer…siap boleh hafal lepas satu story ke satu story….bak bebelan mak…..selagi tak tutup mata dan selagi tak meletup……selagi tu le TV di hadapnya….

Lepak
Nipon best gak tapi sekarang ni kira hobi yang dah tinggal kenangan le. Mana leh nak lepak-lepak cam dulu beb. Dah ada “handbag” ni susah sket nak melepak. Kalau ikutkan hati memang le best sesekali melepak dengan kenkawan…..Yahooo…Dunia Ana yang punyerrrrrrr

Tido
Dalam banyak-banyak hobi…ini yang extremely the best……..takyah citer le ek
Zzzzzzzzzzzzzzz…….


Now Fakta Diri lak.....

Serius/Sombong
Sombong ek aku nie? Ntah le ek….ramai yang buat tanggapan begitu…first impression le konon. Tak baik tau. Tak kenal maka tak cinta tau. Akak tak sombong tau tapi agak serius especially bila bab kerja. Tak boleh buat sambil lewa jek…memang akak marahhhhhhhh. Sebab kalau dah tak betul buat keroje, sapa yang salah, sapa yang susah…mereka dan keluarga mereka gak kan kan kan. Tapi bila dah kenal, ramai gak yang datang mintak maap sebab dah tersalah tafsir……yesh!

Ratu Air Mata a.k.a kememe…
Huhuhu…yang nie memang tak leh nak tipu le kan. Memang kuat menangis atau orang jawa kata kememe. Pantang terkuit sket pasti meleleh…murah tul airmata. Sensitip giler…

Kesiannyer kat diorang….
Masalah gak dengan yang nie. Aku nie mudah sangat rasa kesian kat orang. Orang buat muka sedeh sket aku dah lentok terkulai..kasihan. Ada satu incident tu, ada le satu Hamba Allah tu nak pinjam duit kat Hubby tapi Hubby tak leh bagi sebab diapun kering, dan oleh kerana kesian, aku dengan penuh rasa bangga dan rela hati telah mengadvancekan dulu le fulusmaniaku. Nak kata banyak takle banyak, nak kata sket banyak gak sebab bukan kategori ratus-ratus lagi. Nak dijadikan cerita, kata nak pinjam sebulan aje, sampai skarang dah berbulan-bulan nak masuk tahun, jangan kata bayang, abuk pun tarak…….

Malasnya nak masuk dapur….
Hehehe yang nie tak sepatutnya berlaku kan kan kan especially bila dah jadi bini dan mak orang. Aku memang liat sket nak ke dapur especially untuk masak dishes tapi kalau part pencuci mulut memang aku suker. Tapi takdela rajin gak nak buat…sesekali jek bila tetiba terdatang lak angin pus pus maka rajin le ke dapur…buat kek le, muffin le, pudding le etc etc….

Cerewet tul bab makan……Apa Class…..
Aku memang tak suka makan nasi…betul nie jangan tak caya. My favouret semestinya cheese cake, pizza dan spaghetti…cheh! Macam bagus jek ! lupa lak yang diri tu orang jawa dibesarkan dengan tempe heheh! Tak tahu le, kalau pizza setakat personal pan tu, senang2 jek boleh abis tapi kalau nasi nak habiskan setengah pingganpun bercinta! Pastu aku memang tak suka makan ikan. Ntah kenapa memang bila nengok jek ikan rasa terbantut selera. Nasib baik hubby faham malah ex-boypren dulu pun paham, ari-ari dok blikan nasi lauk ayam goring ngan sayur sbb ada satu lagi bab makan nie nak tambah, aku tak suka benda yang lembik-lembik. Ayampun mesti digoreng dulu walaupun nak masak asam pedas. Kalau sesekali nak makan ikan, mesti make sure ikan tu digoreng garing….biar macam keropok bila dimakan

Uissh! panjang berjela lak nak jawab tag adik nie. Dan oleh keran rasa kasian maka tag nie takle diperpanjangkan pada sesiapa...hehehe- actually tak ada sesiapa nak di tag ~ So, sesiapa saja yang rasa-rasa rajin nak wat...silakan!!!

Kecik Tapak Tangan, Padang Bola ku Tadahkan...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...